11 May 2014

[WAJIB BACA] Sentuhan "The Legend" Berbisa | Angkat JKNS Juara Pertandingan Bolasepak KKM


The Legend adalah gelaran yang diberikan oleh peminat pasukan bolasepak negeri Sabah kepada mantan penyerang kebangsaan dan negeri Sabah iaitu Matlan Marjan, anak jati Kampung Timbang Dayang, Kota Belud.

Baru-baru ini berlangsung Kejohanan Sukan Kementerian Kesihatan Malaysia di negeri Melaka di mana Pasukan Kesihatan Negeri Sabah berjaya mendapat Pingat Emas untuk menjuarai pertandingan tersebut. Pasukan yang digelar "Blood Brothers" Health Football Team dibimbing oleh Matlan Marjan.

Matlan Marjan adalah satu nama yang besar dalam arena bolasepak Malaysia sekitar tahun 90-an. Beliau cukup disegani kerana memiliki pengalaman dan kemahiran individu yang tinggi. Beliau telah membuktikan kemampuannya kepada seluruh peminat bolasepak Malaysia apabila mengetuai pasukan negara dalam perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa yang berlangsung di Stadium Merdeka menentang England pada 12 Jun 1991.

Walaupun pasukan negara tewas 2-4 kepada England namun ia tidak begitu menghampakan penyokong kerana para pemain menunjukkan komitmen yang tinggi berjuang sehabis-habisnya dan dua gol hasil jaringan Matlan Marjan membuatkan pasukan gergasi dunia tidak boleh memandang rendah kepada kemampuan Malaysia pada ketika itu.

Walaubagaimanapun, imej dan reputasi beliau hancur berkecai apabila beliau bersama 4 orang rakan sepasukannya (pasukan Sabah) ditahan polis pada Jun 1995 atas tuduhan rasuah. Pada waktu tersebut beliau baru berusia 26 tahun. Selepas didapati bersalah hukumannya adalah Gantung seumur hidup dari mewakili pasukan negeri dan negara.

Jiwanya dan bolasepak sudah begitu sebati umpama irama dan lagu. Walaupun tidak boleh mewakili pasukan negeri tetapi dalam senyap menyumbangkan pengalaman kepada pihak-pihak yang menaruh kepercayaan kepada kemampuannya berdasarkan pengalaman yang dimilikinya.

Beliau juga sering kelihatan di Stadium Likas untuk memberi sokongan moral kepada pasukan Sabah terutama kepada adiknya Zainizam Marjan yang memakai nombor keramat 20. Dalam Perlawanan lalu Zainizam menjaringkan gol pembukaan menentang PDRM tetapi nasib tidak menyebelahi Sabah apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2.

Soalan 1 : Apa pendapat Abang Matlan dengan pasukan Sabah pada era 90-an dan sekarang ?

Matlan Marjan : Ini pendapat Peribadi saya. Sabah Sekarang susah saya nilai kerana banyak pemain kita ada pontesi tapi tiada dalam skuad negeri. Dulu pemilihan melalui kejohanan antara zon. Tapi sekarang .......... 
----------------------Akan bersambung----------------------------------

PANAS !!!!!
Pengakuan Matlan Marjan Selepas hampir 20 tahun digantung tidak boleh mewakili Pasukan Negeri dan Kebangsaan

Sumber ini diperolehi secara SAH melalui temubual/pertanyaan secara terus kepada individu yang dimaksudkan [ Matlan Marjan ]. Sebarang isi kandungan  dari laman ini tidak menjadi tanggungjawan ADMIN apabila diubah/disiarkan di halaman lain. Komen anda adalah tanggungjawab anda.

Artikel ini juga dikongsi Portal satusabah

Lagi bacaan : Kedudukan Sabah selepas 15 Perlawanan

Bagikan

Jangan lewatkan

[WAJIB BACA] Sentuhan "The Legend" Berbisa | Angkat JKNS Juara Pertandingan Bolasepak KKM
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"