12 May 2014

Polis adakan Komuniti Policing secara berterusan

KUDAT: Polis akan mengadakan Komuniti Policing kepada awam secara berterusan bertujuan mengingatkan masyarakat agar terus bekerjasama mencegah dalam jenayah.

Ketua Polis Daerah (KPD) Supt. Dawi Ossen berkata demikian semasa merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di sini Rabu lalu.

Sejak awal tahun ini hingga kelmarin pegawai kanan polis telah mengadakan Komuniti Policing di beberapa kampung seperti Kg Tanjung Kapor, Kg Bahagia, Kg Landung Ayang dan Kg Pengaraban.

Beliau berkata setiap sesi yang diadakan dihadiri lebih 400 penduduk kampung. “Ini menunjukkan penduduk kampung prihatin dengan kesungguhan polis untuk mengurangkan kadar jenayah dalam kawasan kampung mereka,” kata Dawi.

Dawi berkata program rakan corp juga akan diadakan secara berterusan di kalangan pelajar sekolah menengah dan awam sepanjang tahun ini.

“Kami akan menambah bilangan ahli rakan corp bagi membendung kegiatan pelbagai jenayah dalam daerah ini secara berkesan,” tambah Dawi.

Menjawab satu soalan, Dawi berkata keseluruhan jenayah yang dilaporkan dalam masa empat bulan pertama bulan ini berbanding empat bulan tahun lalu menurun sebanyak 26.31 peratus.

“Dua kes rogol dilaporkan dalam masa empat bulan pertama tahun ini, pada masa yang sama tahun lalu kami juga menerima dua laporan kes rogol,” kata beliau.


Dawi berkata satu daripada kes rogol yang dilaporkan melibatkan seorang peljar sekolah menengah dan yang satu lagi melibatkan sumbang mahram.

“Kedua-dua kes yang dilaporkan telah selesai dan suspek yang terlibat dalam kes sumbang mahram telah dihadapkan ke Mahkamah dan telah dihukum penjara selama 11 tahun, sementara suspek kes yang seorang lagi akan di hadapkan ke mahkamah tidak lama lagi,” kata Dawi.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah memberikan kerjasama sehingga polis berjaya menangkap penjenayah yang dikehendaki dalam daerah itu selama ini.

“Saya berharap kerjasama erat sedemikian akan berterusan untuk memastikan kegiatan jenayah di Kudat terus berkurangan,” kata Dawi.

Sumber : [KLIK SINI]

Bagikan

Jangan lewatkan

Polis adakan Komuniti Policing secara berterusan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"