20 May 2014

Bapa kanak-kanak hilang ditahan semula selepas dibebaskan

KOTA KINABALU: Ibu bapa kepada kanak-kanak hilang Low Min You, 3, yang ditahan reman sejak Rabu lepas dibebaskan dengan ikat jamin polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kelmarin.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, polis menahan semula bapa Low iaitu Low Yee Sheng, 31.

Menurutnya, Low ditahan semula kerana dikehendaki oleh polis Klang kerana terlibat dengan penyiasatan kes penipuan pada 2008.

“Low bersama isterinya Yong Siew Yee, 26, ditahan Rabu lepas selepas hadir di IPD Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan rakan Low iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun pada hari sama untuk membantu siasatan.

Jauteh berkata, ketiga-tiga yang ditahan sepatutnya dibebaskan pada Sabtu lepas tetapi tempoh reman mereka dilanjutkan hingga kelmarin.

Pada 9 Mei lepas, Low Min You dilaporkan hilang selepas dilarikan bersama sebuah kenderan jenis Hilux Vigo di sebuah stesen minyak di Kampung Air di sini.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan sedang tidur di tempat duduk belakang ketika ditinggalkan bapanya yang pergi ke tandas tanpa mengunci kenderaan terbabit yang masih hidup enjinnya.

Bagaimanapun, kereta berkenaan ditemui kira-kira jam 9.30 pagi hari yang sama berhampiran Menara Jam Atkinson dan mangsa masih tidak ditemui sehingga sekarang.


Bagikan

Jangan lewatkan

Bapa kanak-kanak hilang ditahan semula selepas dibebaskan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.