19 Aug 2009

Gerai Ponet menjadi saksi, Nazrey Johani (Raihan) ditemubual

Syukur dipanjatkan ke Hadrat Ilahi kerana dengan izinnya impian untuk membawa artis ke gerai Ponet menjadi kenyataan. Sebagai salah seorang penghuni tetap di sana saya merasa sangat bangga kerana usaha DJ rumputt selama ini bukanlah sekadar cakap kosong sebagaimana yang dilihat oleh orang sekitarnya sebagai pekerjaan yang membuang masa pada awalnya. Hari ini 18 OGOS 2009 (Selasa) semua ini menjadi kenyataan apabila Nazrey Johani bekas penyanyi utama Raihan datang ke gerai Ponet untuk ditemubual.

Sudah pasti ada orang yang bertanggungjawab untuk membawa beliau ke sana dan orang yang dimaksudkan ialah DJ ALDUSUNI dibantu oleh beberapa rakan KUSnetian dan Suara Anak Marudu (SAM). Walaupun tidak berkesempatan untuk bersama dengan rakan-rakan lain di sana tetapi saya cukup berpuas hati kerana dapat mengikuti perkembangan temubual itu melalui 'live' video. Kalau ikutkan hati memang saya tidak mahu menolak pelawaan DJ ALDUSUNI malam semalam tetapi disebabkan ada kelas awal pagi, tidaklah dapat jalan ke sana.

Tahniah kepada semua krew utara.FM yang bertungkus-lumus di gerai Ponet untuk membuat persediaan semasa majlis tersebut. Tidak lupa juga buat semua rakan-rakan pendengar utara.FM yang terus menyokong Utara.FM kerana tanpa rakan-rakan semua tiadalah Utara.FM. Akhir kata Semoga Utara.FM akan menjadi siaran Radio Online Nombor 1 di Malaysia. Amin.




Bagikan

Jangan lewatkan

Gerai Ponet menjadi saksi, Nazrey Johani (Raihan) ditemubual
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"