Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

17 Oct 2014

PERKONGSIAN INFO : Mengenali Sikap Wanita Melalui 18 Jenis Bentuk "HIDUNG"

Perkongsian INFO sahaja. Mungkin ada yang BETUL dan sebaliknya. Yang Baik Jadikan Tauladan Yang Buruk Bikin Sempadan

DJKUPANG & FRIENDS
Mengenali Sikap Wanita Melalui 18 Jenis Bentuk "HIDUNG"
Hidung Panjang 
Jika anda memiliki bentuk hidung panjang, anda merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekeliling anda. Anda seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Selain itu, anda juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada orang yang tahu menghargai anda. Anda tidak mengharapkan membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung Kecil
Jika hidung kecil, anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Anda juga suka mengejar sesuatu yang baharu dalam kehidupan. Suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan. Juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap anda sukar diramal dan mudah bersikap kebudak-budakan. Anda sememangnya seorang yang manja. Anda juga tidak tetap pendirian, mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut.
Hidung paruh burung :

Hidung Paruh Burong
Anda mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Anda cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan anda kerana daya pemikiran andacukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi agak sukar untuk MENCARI CINTA SEJATI dalam kehidupan anda.

Hidung Tajam 
Jenis hidung begini suka memandang kebendaan. Bagi anda, aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain 2 perkara tersebut. Tetapi anda bukanlah pisau cukur, hanya suka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat dan tidak suka menumpang kekayaan orang lain. Anda sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan anda selesa dan senang.

Hidung Lurus 
Anda merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Anda sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Anda akan mencari pasangan hidup yang setia dan tidak menipu.

Hidung Kembang
Jika anda berhidung kembang, anda seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Anda artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Anda mudah menolong sesiapa yang perlu bantuan anda pada bila-bila masa sahaja. Anda mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

Hidung Runcing 
Anda adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Tetapi, licik orangnya, suka bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan anda ialah anda mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood anda sukar dijangka. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya jangan melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

Hidung Pesek 
Anda merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali anda tidak akan dapat menjangka perasaan anda dari semasa ke semasa. Anda juga ng yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan anda sebenarnya boleh menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan mudah dan baik. Anda cukup peramah orannya dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Anda boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran anda.

Hidung Agak Besar 
Anda seorang yang cepat tersinggung, nafsu anda besar dan agak pemalas.

Hidung Agak Besar dan Bulat
Anda seorang yang bergaya dan tidak suka dianggap remeh.

Hidung Agak Besar Bahagian Bawah 
Anda tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang, selalu berfikir yang baik-baik sahaja.

Hidung Agak Besar Tetapi Mancung
Anda seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.

Hidung Agak Besar Tetapi Penyek 
Anda seorang yang tidak punya inisiatif.

Hidung Agak Kecil 
Anda seorang yang cerdas namun hidup anda selalu menderita.

Hidung Agak Sederhana 
Anda seseorang yang berhati tulus dan suka menolong.

Hidung Agak Mancung, Agak Runcing 
Anda seorang yang sporting dan begitu pandai berbicara.

Hidung Lubang Agak Lebar
Anda seorang yang sukakan milik orang lain.

Hidung Lubang Hidung Agak Kecil
Anda seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap dan mudah tergoda. 

KREDIT : DIREKTORI SABAH & PENGIKLANAN PERCUMA SABAH


- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

29 Sept 2014

CERMIN GELAP : PERATURAN BARU BERMULA 1 NOVEMBER 2014 - JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung Penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini. Peraturan baharu itu menetapkan Kadar Ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus. Kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
djkupang & Friends
CERMIN GELAP : PERATURAN BARU BERMULA 1 NOVEMBER 2014 - JPJ


Baca selengkapnya

16 Sept 2014

BETUL ATAU BOHONG ? Ukuran Jari Tanda Kesuburan Lelaki..

Jika anda tidak sibuk pada ketika ini mungkin anda boleh mencuba cadangan ini. Percaya atau tidak itu lain kiranya kerana apa yang penting tidak rugi jika sekadar mencuba sesuatu yang baru kerana tiada apa-apa kesan.

Blog djkupang
Ukuran Jari Tanda Kesuburan Lelaki..
Perhatikan jari anda betul-betul bentuk dan saiz berbeza-beza. Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan banyak ‘rahsia’ tentang diri yang anda sendiri tidak menyangkanya.

Sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikel. Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel.


Baca selengkapnya

9 Sept 2014

Spesifikasi Terkini Nombor Plat yang diluluskan JPJ Malaysia

Spesifikasi No Plat Kenderaan LEPAS JPJ

Tiga Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan :

  1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai hitam.
  2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
  3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di'embossed' atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.


Baca selengkapnya

3 Sept 2014

Bagaimana Fenomena Tiang Cahaya (Light Pillars) Berlaku ?

Apakah Fenomena Tiang Cahaya atau juga dikenali Sebagai (Light Pillars) ? 



Light Pillar adalah fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais yang terdapat di dalam atmosfrera Bumi. Light Pillar juga boleh dibentuk oleh sumber cahaya buatan manusia seperti lampu jalan. 

Terjadi apabila cahaya matahari terpancar ke permukaan kristal ais. Kristal-kristal ais ini boleh ditemui di celah-celah awan ais, kabus ais, salji yang berhembus dan awan di permukaan darat, tetapi kesan yang dihasilkan ialah serupa: satu pancaran cahaya indah yang memancar ke angkasa.  

Tiang cahaya terjadi saat cuaca sangat dingin ketika kristal ais tergantung di atmosfer, maka fenomena alam ini terlihat di langit malam. Semakin tinggi kristal ais, semakin tinggi pula tiang cahaya itu terlihat. Tiang cahaya disebabkan oleh refleksi cahaya yang dibiaskan oeh kristal ais.

Kejadian Light Pillars sebelum ini

Baca selengkapnya

1 Sept 2014

PERKONGSIAN VIDEO | INFO BUAH NANAS SERTA TEKNIK PALING HEBAT MEMBUKA BUAH NANAS

HOW TO PEEL PINEAPPLE ? TONTON VIDEO DI BAWAH SELEPAS ITU KAMU AKAN BOLEH PRAKTIS SUDA..



Pengenalan Buah Nanas

Buah Nanas merupakan salah satu jenis tumbuhan yang hanya tumbuh di daerah tropis. Buah Nanas asalnya dari Brasil, Paraguay, dan juga Bolivia. Kerana buah ini yang mempunyai rasanya manis dan agak asam, ini memiliki banyak kandungan vitamin seperti vitamin A dan juga C yang berfungsi sebagai anti oksidan. 

Selain itu buah nanas juga mengandung fosfor, kalsium, besi, magnesium, natrium, enzim bromelain, sukrosa, kalium, dan dektrosa. Selain itu buah nanas juga mengandung banyak serat. Jadi tidak heran mengapa buah tropis ini baik untuk kesehatan.

Vitamin C yang terkandung di dalam buah nanas dapat membantu mengurangi kandungan lemak di dalam tubuh. Vitamin C berfungsi untuk melakukan pembakaran lemak yang berlebih dalam tubuh. Kandungan serat yang terdapat dalam nanas dan manfaat buah nanas untuk diet yang lainnya adalah melancarkan buang air besar. Dan serat dapat membuat terasa kenyang lebih lama.
Manfaat Buah Nanas1. Untuk Program diet2. Membuat gigi lebih sehat3. Mempermudah sistem pencernaan4. Mencegah terjadinya radang kulit5. Meningkatkan kadar gula merah6. Menyembuhkan penyakit sembelit7. Menghilangkan sakit kembung8. Membuat tubuh jadi kebal

Sebenarnya apa yang saya mahu kongsikan adalah pasal seorang penjual nanas yang saya rasa sangat tertarik dengan teknik yang ditunjukkan membuka nanas untuk pelanggannya. 







Sementara itu di bawah ini pula saya kongsikan Teknik Biasa Membuka Buah Nanas.

1. Potong ujung buah nanas

Gunakan pisau yang tajam untuk memotong kedua ujung buah nanas. Hal ini bertujuan untuk memudahkan Anda dalam melakukan proses pengupasan kulit nanas.

2. Kupas kulit nanas

Kupas semua kulit nanas sampai bersih. Caranya, buah nanas diposisikan berdiri dan kupas dengan mendorong pisau dari atas ke bawah. Lakukan cara ini di setiap sisinya, sampai kulit benar-benar bersih.

3. Buang mata nanas

Hilangkan mata nanas dengan arah miring melingkar. Pastikan semua mata nanas ini bersih. Selain bisa menimbulkan rasa gatal, mata nanas ini juga bisa melukai lidah jika sampai termakan.

4. Cuci sampai bersih

Setelah kulit dan mata nanas dibuang, sekarang cuci buah nanas sampai bersih. Gosok nanas dengan garam secukupnya sampai merata, tujuannya agar tidak gatal saat dimakan. Setelah itu bilas kembali buah nanas sampai bersih.

6. Potong-potong buah nanas sesuai selera.

Setelah nanas bersih, buah nanas siap untuk disantap. Agar lebih mudah saat menyantapnya, buah nanas bisa dipotong-potong bentuk dadu.

Sila Kongsikan kepada kawan-kawan yang lain.
Baca selengkapnya

15 Jul 2014

Info Cuaca : Amaran angin kencang, laut bergelora di Sabah

Info Cuaca : Amaran angin kencang, laut bergelora di Sabah

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Rammasun yang dikesan kira-kira 1,192 kilometer ke timur Laut Sandakan, Sabah pada jam 5 pagi tadi. 

Taufan berkenaan dikesan pada Latitud 12.7 U dan Longitud 126.4 T yang bergerak ke arah barat dari kawasan itu dengan anggaran kelajuan 20 kilometer (km) sejam. 

Berikutan itu, keadaan angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang sedang berlaku di perairan Perlis dan Langkawi dijangka berterusan sehingga hari ini. 

Selain itu, ribut petir juga berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri). 

Menurut kenyataan Jabatan Metereologi, keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.  - BERNAMA
SUMBER
Baca selengkapnya

14 Jul 2014

Perkongsian Ilmu : Apa Khasiat Buah Kurma yang Perlu Kita Tahu?

Berikut adalah 10 Khasiat Buah Kurma yang Perlu Diketahui

Buah Kurma, Khasiat Kurma
1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.

2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran

Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.

6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal

10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.

Walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif. Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu .

Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian. -djkupang.com
Baca selengkapnya

9 Jul 2014

BERAPA NILAI SEORANG JURUGAMBAR/FOTOGRAFI DI MATA ANDA?

BERAPA NILAI SEORANG JURUGAMBAR/FOTOGRAFI DI MATA ANDA?

Gambar Hiasan : Jurugambar di Pesta Tahun baru Cina Kg. Salimpodon Laut 2014
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 15,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Gambar Hiasan - Jurugambar di Hongkod Koisaan
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
Fadzlie Baharun - Photographer Sandakan

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Antara Pakej ditawarkan Photographer


Baca selengkapnya

4 Jul 2014

Mitos dan Lagenda Nunuk Ragang | Negeri Sabah

Mitos dan Lagenda Nunuk Ragang | Negeri Sabah

Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi, keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti pokok kayu ara dan 'ragang' bererti merah.

Diceritakan juga bahawa pada masa itu tempat tersebut belum lagi didiami oleh manusia. Pada umumnya, kawasan di mana terdapatnya Nunuk Ragang itu dipenuhi oleh hutan belantara yang hanya didiami oleh binatang-binatang buas dan liar sahaja. Pada masa itu terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar, kira-kira sebesar seekor kerbau tinggal di situ. Ayam jantan tersebut dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa. Ikuti kisah di bawah ini..

Kelahiran manusia

Pada suatu hari ayam jantan itu mengais-ngais tanah untuk mencari makanan. Dengan tidak mena-mena terkeluarlah seorang anak muda yang kacak dari bawah tanah yang dikaisnya itu. Ayam jantan tersebut terus juga mengais-ngais dan mencakar tanah. Tidak lama kemudian keluar pula seorang gadis yang sangat jelita. Kedua-dua orang manusia itu diambil dan dipelihara oleh ayam jantan tersebut. Selang beberapa lama, maka kedua manusia itu pun dikahwinkan. Hasil perkahwinan itu lahirlah beberapa orang putera dan puteri. Keturunan mereka ini akhirnya beranak pinak dan berkembang biak pula, lalu mendiami kawasan yang pada mulanya tiada berorang itu. Lama kelamaan tempat itu menjadi semakin ramai penghuninya.Keturunan kedua manusia yang ditemui daripada knisan tanah oleh ayarn jantan itu disebut sebagai 'Orang-orang Nunuk Ragang' yang 'dipercayai' nenek moyang dan keturunan orang-orang Dusun atau Kadazan sekarang ini.


Lelaki yang pertama muncul dari bawah tanah itu dilantik oleh ayam jantan sebagai penghulu di tempat itu. Dia memerintah dengan adil atas bantuan ayam jantan tersebut. Ayam jantan itu tinggal di pokok kayu ara merah tadi. Bersama-sama pokok kayu ara merah tersebut ayam jantan itu menjadi pelindung kepada manusia yang tinggal di situ. Tempat itu juga akhirnya dinamakan Nunuk Ragang mengambil sempena nama pokok kayu ara merah yang istimewa itu.Nunak Ragang dari hari ke hari kian bertambah maju dan penduduknya semakin ramai. Di sekitarnya terdapat beberapa batang anak sungai dan ini menjadikannya suatu kawasan pertanian yang subur dan lumayan. Sejak itu, hiduplah penduduk-penduduk Nunuk Ragang dalam suasana aman dan damai buat beberapa lama.

Ragang Tie

Menurut ceritanya, pada suatu masa Nunak Ragang telah 'diserang' dan diganggu oleh 'Ragang Tie' (tahi merah). Ragang Tie ini tidak dapat digambarkan
keadaannya yang sebenar. Ia kelihatan seperti air yang mengalir apabila dilihat dari jauh dan kadang-kadang orang yang melihatnya seolah-olah seperti manusia sifatnya. Anehnya Ragang Tie itu telah membawa wabak penyakit kepada sesiapa yang tersentuh dan menyentuhnya, bahkan ia sering membawa maut. Di samping itu, Ragang Tie juga memusnahkan hasil-hasil tanaman dan membunuh binatang-binatang ternakan yang terkena padanya.

Oleh yang demikian, ramailah penduduk di situ yang menderita sakit dan mati,binatang ternakan dan tanaman pun turut musnah terkena wabak itu. Hal ini
menjadikan orang-orang Nunuk Ragang berasa amat sedih dan bimbang. Akhirnya, ramai di antara mereka meninggalkan tempat itu dan berpindah ke kawasan lain yang lebih selamat untak didiami. Dengan itu, berpecah dan 'bersepahlah' mereka ke serata daerah dan kawasan seperti yang terdapat pada masa ini.

Kehadiran Orang Bawah Tanah

Pada suatu masa yang lain, tibalah musim menanam padi bagi penduduk Nunuk Ragang. Pada suatu hari, sedang orang-orang kampung itu sibuk menugal padi di huma mereka terdengar suara manusia lain memanggil dan datangnya dari bawah tanah pula. Orang-orang Nunak Ragang berasa hairan bercampur takut, lalu mereka mengadukan kejadian itu pada penghulu mereka. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat dan mencapai kata sepakat, lalu mereka mengorek tanah dari mana terdengarnya suara memanggil itu. Apabila dikorek, maka terbukalah sebuah lubang bawah tanah yang besar. Di dalamnya penuh sesak dengan manusia yang kelihatannya bengis-bengis belaka.

Orang-orang Nunuk Ragang menjadi bertambah takut lebih-lebih lagi apabila mendengar suara percakapan manusia bawah tanah itu sangat kuat dan kasar. Kemudian ketua manusia bawah tanah pun berkata dengan suara yang amat kuat macam halilintar, katanya, "Terima kasih tuan-tuan ......kerana melepaskan kami dan tempat ini sungguh baik rasanya untuk kami kerana kami sudah lama berkurung di bawah tanah. Sekarang kami mahu tinggal di sini pula. Kamu mestilah pergi dari sini kalau tidak kami akan musnahkan kamu semua!........."

Mendengar amaran manusia dari bawah tanah itu, maka orang Nunuk Ragang pun lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Peristiwa ini juga menyebabkan orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asal mereka, lalu mendiami daerah-daerah lain di Sabah. Dua peristiwa di atas adalah daripada dua cerita yang berlainan yang menyatakan sebab orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asalnya.


Kumpulan manusia dari bawah tanah itu pun mendiami kawasan yang telah ditinggalkan oleh orang Nunuk Ragang. Namun begitu, manusia bawah tanah masih percaya bahawa ayam sakti dan penghulu orang Nunuk Ragang masih ada. Mereka akan membalas dendam terhadap mereka bila-bila rnasa, jadi manusia bawah tanah terus berazam untuk menghapuskan kedua-duanya yang dianggap sebagai musuh mereka. Orang-orang Nunuk Ragang bersama penghulu dan ayam jantan saktinya sentiasa diburu oleh manusia bawah tanah itu.


Setelah beberapa lama manusia bawah tanah masih juga tidak berjaya menghapuskan penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Akhirnya manusia bawah tanah itu pun tinggal menetap di sekitar kawasan tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai orang Tampias, mereka terdapat di kawasan-kawasan perkampungan di daerah Labuk Sugut, Sandakan. Diceritakan orang juga bahawa orang-orang Tampias itu hingga ke hari ini tidak begitu berbaik-baik dengan orang-orang Dusun/Kadazan yang berasal daripada orang-orang Nunuk Ragang.

Manusia bawah tanah itu menurut ceritanya adalah manusia biasa tetapi telah disumpah oleh dewa tanah kerana terlalu banyak membuat kerosakan di muka bumi lalu mereka dihantar mendiami kawasan lubang yang besar di bawah tanah. Di sanalah mereka hidup dan beranak-pinak beberapa lama sehingga mereka dikeluarkan oleh orang Nunuk Ragang.

Perpindahan Suku Kaum Kadazan/Dusun ke Merata Tempat

Perasaan marah dan dendam manusia bawah tanah tidak habis-habis terhadap penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Perkara ini membuatkan ayam jantan sakti menerbangkan penghulu tersebut jauh ke suatu kawasan pergunungan yang sekarang ini dikenali sebagai Ranau. Dengan kuasa sakti ayam jantan tersebut, ia meratakan tanah yang berlumpur itu dengan kaki dan kepakuya, menguis-nguiskannya sehingga tempat itu menjadi rata untak didiami. Oleh kerana kawasan itu berlumpur dan mengambil sempena keadaan asalnya, maka tempat itu pun
dinamakan 'Ranau' yang bermaksud 'lumpur' dalam bahasa Dusun/Kadazan.

Setelah tanah di situ diratakan, maka orang-orang yang mengikut penghulu berpindah itu pun terus membuka tempat kediaman di situ. Mereka menumpukan kegiatan dengan bercucuk tanam dan memelihara binatang ternakan seperti ayam,
itik dan babi.

Adapun manusia bawah tanah tadi masih terus berasa tidak senang dan khuatir kalau-kalau orang-orang Nunuk Ragang datang menuntut bela dan menyerang mereka. Lalu orang dari bawah tanah menyiasat dan akhirnya mereka mendapat tahu bahawa orang-orang Nunuk Ragang berada di Ranau. Maka, mereka pun bergerak pula ke sana untuk membinasakan orang-orang Nunuk Ragang ini. Kedatangan manusia bawah tanah ini telah dapat dikesan oleh ayam jantan sakti, lalu sebelum sempat mereka tiba ke Ranau, ayam jantan sakti telah pun menerbangkan penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain bersama pengikutnya dan tempat itu kemudiannya dikenali sebagai Tambunan.

Di tempat baru itu seperti juga sebelumnya ayan jantan sakti tadi membantu penghulunya dengan menguis-nguis dan meratakan tanah untuk dijadikan kawasan tempat tinggal orang-orang Nunuk Ragang. Hal ini diketahui juga akhirnya oleh manusia dari bawah tanah dan mereka menjadi semakin marah terhadap orang Nunuk Ragang, lebih-lebih lagi terhadap ayam jantan sakti itu dan mereka terus berazam untak menghapuskannya.

Seperti kebiasaan perangai ayam jantan setiap pagi ia akan berkokok, begitu juga ayam jantan sakti ini. Bunyi kokokannya pula amat kuat hingga terdengar ke Ranau dan tempat-tempat lain yang agak jauh dari tempatnya berkokok itu. Menurut ceritanya, bunyi kokokan ayam jantan inilah yang membolehkan manusia dari bawah tanah itu menjejak kedudukan ayam tersebut dan penghulu Nunuk Ragang. Lalu kumpulan manusia dari bawah tanah itu bergerak pula ke Tambunan. Seperti dahulu juga ayam jantan sakti itu telah mengetahui kedatangan mereka lebih awal dan terus menerbangkan penghulu itu ke satu tempat lain bernama Apin-apin. Di situ mereka membuka pula tempat kediaman yang baru.

Oleh kerana manusia dari bawah tanah tadi hanya mendendami penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya sahaja, maka hanya sebahagian sahaja manusia bawah tanah yang ikut memburunya. Sementara yang lainnya terus tinggal menetap di tempat-tempat yang telah dibuka oleh ayam jantan dan orang-orang Nunuk Ragang itu.

Disebabkan penghulu Nunuk Ragang tidak lama mendiami Tambunan kemudian terpaksa berpindah ke Apin-apin, maka dia melantik seorang penolongnya yang bernama 'Gombunan' sebagai ketua orang-orang Nunuk Ragang yang menetap di situ. Maka nama Tambunan adalah mengambil sempena nama ketua mereka yang dilantik oleh penghulu tadi. Lagipun tempat baru (Tambunan) itu belum mendapat namanya lagi pada ketika itu.

Di Apin-apin, seperti tempat-tempat lain yang dibukanya sebelum itu, penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya tidak dapat tinggal lama kerana manusia dari bawah tanah terus mengesannya. Seperti biasa, ayam jantan sakti tadi menerbangkan pula penghulu Nunuk Ragang ke suatu tempat lain yang lebih jauh di kawasan pedalaman yang kemudiannya disebut sebagai Keningau. Seperti selalunya ayam jantan itu meratakan kawasan tersebut untuk dibuat tempat kediaman. Di tempat tersebut ketika itu banyak terdapat pokok 'kayu manis', maka tempat itu lalu dinamakan 'Keningau' dalam bahasa Dusun/ Kadazan yang bererti 'kayu manis'.

Kematian Penghulu & Ayam Jantan Sakti

Tidak berapa lama di Keningau ayam jantan sakti itu pun jatuh sakit dan terus menemui ajalnya kerana sudah tua lalu ditanamkan di suatu tempat di situ. Selang tidak berapa lama kemudian, penghulu Nunuk Ragang pula menghembuskan nafas juga kerana penyakit tua. Dengan kematian kedua-dua makhluk yang sentiasa diburu oleh manusia dari bawah tanah itu, maka mereka pun berhentilah memburu dan memusuhi orang-orang Nunuk Ragang.

Kematian ayam jantan sakti dan penghulu orang-orang Nunuk Ragang itu menyebabkan orang-orangnya merasakan sesuatu yang berharga telah hilang daripada mereka. Ini merupakan satu kehilangan yang amat besar buat mereka. Sesungguhnya ayam jantan sakti amat banyak jasanya kepada suku kaum Momogun dalam membuka beberapa kawasan tempat kediaman mereka. Jika diperhatikan, (malah hingga ke hari ini) kebanyakan tempat yang didiami oleh orang-orang Momogun ( Dusun/Kadazan) adalah di kawasan bukit dan pergunungan yang seakan-akan telah diratakan. Orang-orang Momogun khususnya kaum Rungus mempercayai akan kisah ini.

Pokok Nunuk Ragang yang ditinggalkan oleh orang-orang Momogun berdekatan dengan danau itu dikatakan telah ditebang dan dimusnahkan oleh manusia dari bawah tanah yang dipercayai sekarang ini sebagai nenek moyang orang Tampias di Sabah.

Sumber Asal : SABAH
Baca selengkapnya

Perkongsian : Organ & Tisu Yang Boleh Didermakan Oleh Penderma Mati Otak

Organ & Tisu Yang Boleh Didermakan Oleh Penderma Mati Otak


blog djkupang

Mati otak berlaku apabila tiada aliran darah yang membawa oksigen ke dalam otak termasuk pangkal otak yang mengawal sistem pernafasan dan denyutan jantung. Ini boleh terjadi akibat kecederaan ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk menyebabkan otak menjadi bengkak.

Oleh kerana otak berada di dalam rangka kepala yang keras, apabila otak bengkak atau pendarahan dalam kepala yang teruk berlaku, tekanan di dalam kepala akan meningkat dengan mendadak. Ini boleh menjejaskan lagi pengaliran darah yang membawa oksigen ke otak. Tanpa oksigen, otak akan bertambah rosak dan bengkak sehingga akhirnya otak akan mati.

Pesakit yang mati otak tidak mempunyai tindakbalas dan tidak bernafas tetapi oleh kerana bantuan pernafasan diberi dengan mesin (ventilator) jantungnya masih berfungsi buat seketika. Kematian otak menyebabkan organ-organ yang lain akan turut mengalami kerosakan dan akhirnya jantung akan berhenti. Oleh yang demikian, apabila pesakit disahkan mati otak oleh dua orang doktor pakar yang bertauliah melalui dua ujian yang berasingan, ini bermakna pesakit tersebut telah pun meninggal dunia dan mesin pernafasan akan diberhentikan. Ujian pengesahan yang dijalankan adalah mengikut protokol yang diguna pakai di seluruh dunia dan doktor pakar yang mengesahkan kematian otak tidak mempunyai kaitan dengan bidang transplan.

Sumber : dermaorgan.gov.my
Baca selengkapnya

Perkongsian : Mandi Hadas dengan "Shower" SAH ATAU TIDAK ?

Mandi Hadas dengan "Shower" SAH ATAU TIDAK ?

Soalan : Assalamualaikum, Ustaz, Adakah SAH mandi hadas dengan “shower”? Dengan meratakan air ke seluruh badan sahaja tetapi tidak ada bilangan jirusan. Jika tidak sah, apa yang sepatutnya saya buat. Terima kasih. 
Daripada : Hamba Allah yang keliru


Jawapan : Para ulamak mereka membahagikan perbuatan-perbuatan yang perlu dilakukan di dalam ibadah (solat, puasa, haji, mandi hadas dan sebagainya) kepada dua kategori;

1. Perbuatan-perbuatan rukun

2. Perbuatan-buatan sunat

Perbuatan-perbuatan rukun jika ditinggalkan akan menyebabkan ibadah rosak dan batal. Adapun perbuatan-perbuatan sunat jika ditinggalkan tidaklah menyebabkan ibadah rosak dan batal, akan tetapi akan mengurangkan pahala ibadah.

Bagi mandi hadas/wajib, perbuatan-perbuatan rukun ialah;

1. Berniat mandi hadas

2. Meratakan air ke seluruh badan.

Jika seseorang mandi dengan menyempurnakan dua perkara di atas, sahlah mandi hadasnya. Pertama, ia berniat di dalam hati ketika mandi itu bahawa mandi yang dilakukannya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan hadas (bukan mandi biasa). Kedua, ia meratakan air ke seluruh badannya termasuk celah-celah rambut dan kawasan-kawasan yang berlipat di badan. 

Cara bagaimana ia mandi (sama ada dengan menyelam atau menjirus atau berdiri di bawah shower atau air terjun) tidaklah menjadi syarat asalkan air merata ke seluruh badan (dari hujung rambut hingga ke hujung kaki). Begitu juga, tidak disyaratkan bilangan jirusan tertentu. Jika dengan sekali jirusan sudah dapat meratakan air ke seluruh badan, memadai dengannya. Jika tidak, perlulah diulangi jirusan hingga diyakini air telah sampai ke serata badan. 

Namun, makruh mandi dengan terlalu banyak air hingga menimbulkan israf (pembaziran). Di dalam hadis, diceritakan bahawa; “Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- mandi dengan hanya segantang air sahaja” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas. Lihat hadis ini dalam Bulughul-Maram, bab al-Wudhu’).

Itu adalah had wajib yang mesti dilakukan ketika mandi hadas. Adapun jika ingin mendapat pahala yang sempurna, hendaklah melakukan juga perbuatan-perbuatan yang disunatkan semasa mandi. Menurut mazhab Syafiie, di antara perbuatan yang disunatkan ketika mandi hadas ialah;

1. Membaca Bismillah.

2. Dimulai dengan membasuh kedua tangan.

3.Menggunakan tangan kiri ketika membasuh kemaluan dan ketika menghilangkan najis di badan jika ada.

4. Mengambil wudhuk sebelum mula mandi.

5. Mandi dari atas ke bawah; yakni dari kepala turun ke kaki.

6. Menggosok celah-celah rambut dengan air, kemudian menjirus air ke kepala dengan tiga kali cebukan air.

7. Mandi dari sebelah kanan, kemudian baru kiri, yakni menjirus badan sebelah kanan dahulu, baru sebelah kiri.

8. Mengulangi mandi sebanyak tiga-tiga kali bagi setiap anggota.

9. Menggosok-gosok badan dengan tangan ketika mandi.

10. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki (jika dikhuatiri air tidak sampai tanpa diselati, wajiblah melakukannya).

11. Membaca doa apabila selesai mandi sebagaimana doa selepas mengambil wudhuk.

Semoga Bermanfaat -djkupang.com

Baca selengkapnya

Perkongsian : Wanita dan Pemanduan Kereta

Perkongsian : Wanita dan Pemanduan Kereta

Sekadar Perkongsian sahaja. Kaum hawa tak perlu melenting atau kecil hati lebih-lebih di bulan yang mulia ini. Kalau betul diamkan saja kalau tak betul boleh komen berikan sedikit pandangan anda.

1. Hiasan yang tidak diperlukan

Kita tahu, ramai pemilik kereta kalau boleh nak hias sehabis cantik kereta mereka. Tetapi jika boleh, elakkan dari menghiasi kereta anda dengan benda-benda seperti patung figura Dragon Ball, Gundam, One Piece dan yang lain-lain termasuklah pelekat-pelekat 3D. Ini kerana hiasan-hiasan kecil seperti ini boleh mengalihkan perhatian anda ketika memandu dan juga boleh mendatangkan kecederaan jika berlakunya kemalangan.

2. Kasut bersepah

Sebagai wanita, sudah semestinya anda menyukai kasut-kasut yang dimiliki. Tetapi bila masuk dalam kereta, kasut dibuka dan dibuang ke tepi. Akhirnya? Memandu tanpa menggunakan kasut. (Tabik spring kepada wanita yang mahir memandu menggunakan heels). Untuk golongan wanita yang gemar memandu berkaki ayam ini, jangan sesekali meletakkan kasut anda di bawah kerusi. Letaklah di ruangan yang disediakan atau paling tidak campak saja ke bawah kerusi penumpang belakang ataupun tepi kiri. Ini boleh menyelamatkan nyawa anda sekiranya kasut anda secara tidak sengaja mengelongsor di bawah pedal brek. Ini boleh membahayakan pemanduan anda. Jadi, sebelum memulakan pemanduan, pastikan kasut-kasut anda diletakkan ditempat yang disarankan tadi. Jangan ambil mudah ye!

3. Make Up semasa memandu

Kita selalu nampak kebanyakan golongan pemandu wanita muda terutamanya gemar make up ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya atau ketika berhenti di lampu isyarat merah. Ya, perbuatan ini mungkin menjimatkan masa bagi sesetengah wanita tetapi sebenarnya tidak! Kalau nak make up, sila make up di rumah sebelum keluar atau make up setelah sampai ke destinasi. Jangan sesekali ber'make-up ketika berhenti (sementara) dalam perjalanan kerana ini boleh menjejaskan konsentrasi pemanduan dan anda menjadi ancaman bahaya kepada pemandu-pemandu yang lain di sekitar anda. Sebagai pemandu, anda harus peka dan mata sentiasa fokus pada pemanduan dan jalan. Lipstik tu boleh tunggu la wei!

4. Belajar perkara-perkara 'basic' mengenai kereta

Kebanyakannya hanya tahu pandu tetapi perkara-perkara asas mengenai kereta? Langsung tak tahu. Inilah yang selalu terjadi pada golongan wanita. Bila kereta rosak, mulalah menangis meminta tolong.

Masa untuk berubah dan buang jauh-jauh persepsi negatif seperti itu. Belajarlah perkara-perkara asas mengenai kereta seperti periksa keadaan tayar, minyak, air dalam radiator. Ataupun bila anda mendapatkan khidmat servis di bengkel kereta, rajinkan diri bertanyakan soalan-soalan yang boleh membantu anda mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan kereta. Jadi, bila ditimpa masalah tanpa diduga, sekurang-kurangnya anda boleh tahu apa yang terjadi pada kereta anda.

5. Biarlah diorang nak duduk macam mana pun!

Ini adalah sesuatu yang golongan lelaki harus faham. Bila lelaki masuk dalam kereta kereta wanita, jangan sesekali membebel dengan cara pemanduan wanita yang sangat rapat dengan steering atau duduk terlalu tinggi. Itu adalah pilihan mereka dan mereka menetapkan kedudukan sedemikian kerana ia memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada wanita. So terimalah hakikat!

 SUDUT PANDANGAN ANDA-djkupang.com
Baca selengkapnya

3 Jul 2014

Perkongsian Ilmu : Khasiat avokado untuk kesihatan

Khasiat avokado untuk kesihatan


Tahukah anda kebanyakan pakar nutrisi menganggap buah avokado sebagai makanan sempurna? Ia mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan dan juga kecantikan. Walaupun kaya dengan kalori, ia adalah kalori yang padat dengan nutria. Avokado mengandungi lebih 25 nutrisi termasuk vitamin A, B, C, E & K, iron, zat besi, magnesium dan potasium yang berupaya melindungi kita daripada pelbagai penyakit. 

Terdapat pelbagai cara untuk makan buah avokado antaranya adalah dengan memasukkannya dalam salad atau sebagai pengganti daging untuk sandwich. 

Sebelum itu apa kata kita lihat antara kebaikan buah avokado yang baik untuk kesihatan diri. 

Jantung kekal sihat 
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang membantu mengawal tahap homocysteine. Jika tahap homocysteine tinggi, anda berisiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutathione dan lemak monotaktepu yang bantu mengekalkan jantung sihat. 

Kolestrol rendah
Avokado kaya dengan bahan dipanggil beta-sitosterol yang telah menunjukkan keberkesanannya dalam merendahkan tahap kolestrol. 

Mengawal tekanan darah 
Kaya dengan sumber potasium, avokado juga dapat membantu mengawal tahap tekanan darah dalam badan anda. 

Menangani masalah penglihatan
Avokado merupakan sumber terbaik untuk lutein karotenoid, dimana kebaikannya diketahui untuk membantu melindungi daripada masalah katarak dan degenerasi macular yang berkaitan dengan usia. 

Mengawal tahap gula
Lemak monotaktepu yang terkandung dalam avokado mampu mengembalikan ketahanan insulin yang membantu mengawal kandungan gula dalam badan. Ia juga mempunyai serat terlarut yang menyimpan tahap kandungan gula stabil. 

Mencegah kecacatan kelahiran
Avokado kaya dengan folat iaitu vitamin B yang dikenali sebagai asid folik. Satu cawan avokado memberi kira-kira 23% kandungan harian folat yang disyorkan. Jumlah folat yang tinggi dalam avokado adalah penting bagi mencegah kecacatan kelahiran seperti tiub neural dan spina bifida. 

Mengurangkan risiko serangan jantung
Kandungan folat yang tinggi dalam avokado turut mengurangkan risiko serangan jantung. Satu kajian pernah dilakukan menunjukkan individu yang mengamalkan diet kaya dengan folat mempunyai risiko rendah daripada terkena serangan jantung. 

Perlindungan kanser
Banyak kajian menunjukkan avokado boleh menghalang daripada pertumbuhan kanser prostat. Malah asid oleic yang terkandung dalam avokado turut berkesan dalam menghalang kanser payudara. 

Menangani radikal bebas
Avokado mengandungi glutathione iaitu antioksidan berkesan dalam menangani radikal bebas dalam badan kita. 

Menangani simptom penuaan
Kaya dengan antioksidan, avokado berupaya menangani simptom-simptom penuaan. Kandungan glutathione berupaya meningkatkan sistem imun, memperlahankan proses penuaan serta mengalakkan sistem saraf yang baik. 

Penjagaan kulit
Minyak avokado sering dimasukkan dalam kosmetik kerana keupayaannya dalam menyuburkan kulit dan menjadikan kulit anda berseri-seri. Ia juga boleh merawat psoriasis iaitu penyakit kulit yang mengakibatkan kulit anda menjadi kemerahan dan gatal. 

Penambahan berat badan
Ya, jika anda ingin menambah berat badan, makanlah buah avokado. Ia mengandungi 200 kalori untuk 100 gram. Namun kebiasaannya buah-buahan lain hanya mengandungi kira-kira 60 hingga 80 kalori untuk 100 gram. Oleh kerana ia tinggi kandungan kalori, avokado adalah diet terbaik untuk mereka yang ingin menambah berat badan.
Yahoo.com.my -djkupang.com
Baca selengkapnya

INFO : Tarikh Pembayaran Bonus Aidilfitri 2014 Untuk Penjawat Awam

Tarikh pembayaran bonus Hari Raya Aidilfitri 2014 bagi kakitangan awam di Malaysia.


Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak telah mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan sempena hari raya akan dibuat pada 15 Julai 2014

Dalam kenyataan itu, semua penjawat awam gred 1 sehingga gred 54 akan menerima bantuan khas raya bernilai RM500 manakala pesara kerajaan RM250. 

Tujuan utama pemberian bonus raya itu adalah untuk mengurangkan beban penjawat awam ketika membuat persiapan musim perayaan Aidilfitri yang jatuh pada 28 Julai 2014.

Tarikh: Selasa 15 julai 2014

Nilai Bantuan Bonus Raya:

RM500 Penjawat Awam
RM250 Pesara Kerajaan
-djkupang.com
Baca selengkapnya

INFO : Bagaimanakah Virus JE merebak


VIRUS JE membiak di dalam tubuh khinzir (perumah pengganda). Apabila nyamuk betina Culex menghisap darah khinzir, ia membawa bersama virus JE.

Selepas 14 hari, nyamuk ini berupaya untuk menyebarkan virus JE kepada perumah baru iaitu khinzir.

Manusia boleh mendapat jangkitan JE jika digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus, namun manusia adalah perumah terakhir.

Jangka masa seseorang itu mulai dijangkiti mengambil masa di antara empat hingga 16 hari.

Nyamuk Culex membiak di tempat takungan air semula jadi yang kotor seperti kolam, lopak air, parit dan sawah padi.

Nyamuk Culex biasanya menggigit pada waktu senja hingga subuh.

Info grafik oleh NST
Baca selengkapnya