Showing posts with label Berita Sukan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Berita Sukan Malaysia. Show all posts

13 Nov 2014

SYRIA MALUKAN MALAYSIA 3-0 di Shah Alam

Dollah Salleh
Skuad Harimau Malaya mempamerkan aksi hambar selepas diaibkan dengan kekalahan 3-0 kepada Syria yang hanya membariskan skuad bawah 23 (B-23) pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kekalahan itu merupakan yang ketiga dicatatkan skuad kendalian Dollah Salleh yang sebelum ini tewas dalam dua aksi persahabatan terdahulu.

Mereka kalah 4-1 kepada Tajikistan di Stadium Central Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos selain kecundang 2-0 kepada Indonesia pada 14 September lepas di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia.

Skuad Harimau Malaya hanya mencatatkan satu kemenangan iaitu mengalahkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam pada 20 September lepas.

Pada aksi malam ini, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang agak perlahan pada babak awal separuh masa berikutan hujan lebat namun nasib lebih menyebelahi Syria yang membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi sepakan 'voli' daripada luar kotak penalti oleh Nadim Sabag.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad negara kembali memperkemas jentera serangan bagi mencari gol penyamaan namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Syria dan keputusan itu kekal sehingga separuh masa perlawanan.

Bersambung babak kedua, skuad negara melancarkan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan namun pasukan Syria yang sebaliknya menggandakan jaringan hasil sentuhan penyudah kapten, Sanharib Malki pada minit ke-47.

Kesilapan barisan pertahanan negara yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasan penalti negara dimanfaatkan oleh pasukan Syria yang menambah gol ketiga menerusi tandukan Omar Khrbin pada minit ke-66.

Malaysia akan menentang Vietnam pada aksi terakhir perlawanan persahabatan di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam, Ahad ini.

Perlawanan berkenaan adalah sebagai persiapan terakhir skuad Harimau Malaya sebelum beraksi pada Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dari 23 hingga 29 November ini di Singapura.

Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan berdepan Myanmar pada 23 Nov diikuti pertemuan dengan Thailand pada 26 Nov dan kedua-dua perlawanan berkenaan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Skuad negara akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional Singapore Sports Hub pada 29 November.

Vietnam yang menjadi tuan rumah bersama, akan mengetuai cabaran kumpulan A bersama tiga pasukan lain iaitu Filipina, Indonesia dan Laos.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir yang diadakan mengikut format timbal balik.

MSTAR ONLINE
Baca selengkapnya

29 Oct 2014

RUSSIA GOLD CUP 2018 : LOGO BOLASEPAK PIALA DUNIA

RUSSIA GOLD CUP 2018 :  LOGO BOLASEPAK PIALA DUNIA 

djkupang & Friends
LOGO BOLASEPAK PIALA DUNIA RUSSIA 2018
RUSSIA GOLD CUP 2018 :  LOGO BOLASEPAK PIALA DUNIA 

“Bola ajaib” Sputnik, Angkasawan Russia Diberi Penghormatan untuk mengumumkan LOGO RASMI BOLASEPAK PIALA DUNIA / RUSSIA GOLD CUP 2018 sementara reka bentuk Logo tersebut adalah ilham “tradisi seni kaya serta sejarah, prestasi dan inovasi Rusia “.

Presiden FIFA, Sepp Blatter, yang melihat logo sebelum acara itu, berkata beliau sangat menyukainya kerana ia mencerminkan hati dan jiwa dan juga tradisi budaya negara Rusia .
Rusia memenangi undian untuk menjadi tuan rumah kejohanan berprestij itu buat kali pertama selepas menewaskan England, Sepanyol-Portugal dan Belanda-Belgium.

Lagi empat tahun untuk menanti Piala Dunia yang akan berlangsung di Russia ini.
Baca selengkapnya

25 Oct 2014

Piala Malaysia 2014 : 5-0 Pahang Bergaya Ke Final

PAHANG tundukkan Kedah 5-0 di Kuantan sekaligus melayakkannya ke Final Piala Malaysia dua kali berturut-turut. Malam ini JDT dan Felda United bakal mengisi satu lagi slot dengan Felda United sebelum ini menang 4-3 pada perlawanan pertama.


djkupang & Friends
Pahang Final Piala Malaysia 2014
Pahang membuktikan tiada yang mustahil dalam bola sepak selepas gah membenam Kedah 5-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan sekali gus menempah tiket ke final buat tahun kedua berturut turut, malam tadi.

Menanti kunjungan Kedah yang memiliki kelebihan hasil kemenangan 3-1 di Alor Setar, Pahang begitupun kekal fokus dengan misi memburu gol dan membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Matias Conti.

Ketika Kedah mahu kembali menyusun permainan, Pahang terlebih dulu menambah gol kedua menerusi pemain sayap, R Gopinathan yang beraksi cukup lincah untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Saiful Amar Sudar. 

Gol kedua Pahang itu seakan merobek emosi pemain Kedah yang terus bocor enam minit kemudian menerusi jaringan kedua Conti hasil gandingan menariknya bersama rakan penyerang, Dickson Nwaekeme.

Dan kegoyahan jentera pertahanan Kedah yang turut kehilangan pemain import, Namkung Woong akibat kecederaan terus dimanfaatkan Pahang yang meledak gol keempat juga menerusi Conti yang melengkapkan hatriknya pada minit ke-37.

Memasuki babak kedua, Kedah yang dibimbing jurulatih Tan Cheng Hoe cuba merubah corak permainan dan berjaya mendapat beberapa peluang terbaik menjaringkan gol namun digagalkan dengan ketumpulan jentera serangan.

Malah kerancakan Kedah melancarkan serangan kemudian memakan diri apabila Gopinathan meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-74 menerusi larian menarik dari kiri padang yang disudahkan dengan rembatan kencang menewaskan Saiful Amar.

Kemenangan besar menyaksikan Pahang mara ke final dengan keputusan agregat 6-3.

Ia turut menjadi hadiah paling bermakna buat Sultan Pahang yang menyambut Ulang Tahun Keputeraan Ke-84, Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Satu lagi slot ke final akan ditentukan pada perlawanan separuh akhir kedua membabitkan Johor Darul Ta'zim dan FELDA United, esok.

Keputusan

- Pahang 5 Kedah 0

Gol: Matias Conti (m4, 30, 37) R Gopinathan (m26,74)

(Pahang mara ke final buat tahun kedua berturut-turut dengan agregat 6-3)

SUDAHKAH ANDA MELIHAT MODEL TERBARU TOYOTA YANG PALING RARE?
Baca selengkapnya

21 Oct 2014

Khairy SAHKAN Atlet Badminton Berprofil Tinggi Mengambil Dadah Terlarang

Teka-teki siapakah pemain badminton terkemuka negara yang gagal dalam ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos lalu terus menjadi persoalan. 

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini tampil mengesahkan seorang atlet 'terkemuka' negara gagal dalam ujian doping oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) namun enggan mendedahkan sebarang nama.

Mengakui ia membabitkan atlet yang berprofil tinggi, Khairy yang ditemui menyifatkan tindakannya untuk tidak mengumumkan nama atlet terbabit adalah disebabkan peraturan yang dikeluarkan badan induk persatuan sukan terbabit.

"Buat masa ini kita masih menunggu tarikh ujian untuk sampel B dan sebarang tindakan dan kenyataan lanjutan akan dibuat berpandukan kepada keputusan itu.

"Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh persatuan terbabit, mereka tidak akan mengeluarkan atau mengumumkan atlet yang terbabit sehingga ujian sampel B selesai. Jadi kita juga tidak akan umumkan.

"Ini bukannya disebabkan kami memberikan perlindungan kepada atlet terbabit namun hanya mematuhi laporan yang ditetapkan," katanya.

djkupang & Friends
Atlit Badminton Negara Positif dadah?
Laporan BH Sukan sebelum ini mendedahkan seorang atlet tersohor negara yang meraih pelbagai kejuaraan di pentas antarabangsa didapati gagal dalam ujian doping sampel A dan positif menggunakan bahan terlarang.

Insiden memalukan itu didakwa berlaku ketika atlet berkenaan beraksi dalam salah satu kejohanan utama tahun ini dan turut dilaporkan ia membabitkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Mengulas lebih lanjut mengenai isu terbabit, Khairy yang mengakui kecewa dengan berita itu dan sudah pun berjumpa dengan atlet terbabit selain meminta agensi berkaitan supaya membuat siasatan lanjut.

"Agensi AntiDoping Malaysia (ADAMAS) sudah terima surat pada 1 Oktober lepas bersama persatuan sukan terbabit dan atlet berkenaan juga dimaklumkan pada tarikh yang sama.

"Garis panduan oleh WADA ialah seandainya atlet itu gagal dalam ujian doping, mereka diberi peluang untuk menguji sampel kedua iaitu sampel B.

"Atlet berkenaan diberi tempoh sehingga 17 Oktober lepas untuk membuat permohonan ujian dan beliau sudah membuat permohonan pada 16 Oktober dan sedang menunggu maklum balas daripada persatuan itu mengenai bila sampel itu akan diuji.

"Selain itu, atlet terbabit mahu pergi sendiri pergi menyaksikan sampel itu dibuka. Kita diberi kebenaran dalam peraturan WADA untuk menghantar sama ada atlet atau wakil untuk menyaksikan botol sampel itu.

"Kita akan buat keputusan selepas keputusan B sampel itu. Saya akan maklumkan kepada media sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut menjelaskan segala kesalahan membabitkan doping adalah tanggungjawab atlet itu sendiri dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap pesalah jika didapati bersalah.

Antara pemain lelaki yang beraksi pada Sukan Asia di Incheon ialah, jaguh No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh Soon Huat, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How.

TONTON MODEL TOYOTA PALING DISUKAI KINI
Baca selengkapnya

17 Oct 2014

Piala Malaysia 2014 : JDT Tundukkan Terengganu, Sepakan TMJ jadi VIRAL

Piala Malaysia 2014 : JDT Tundukkan Terengganu, Tendangan TMJ jadi VIRAL

djkupang & Friends
Sepakan TMJ Jadi Viral

JOHOR BAHARU – Tindakan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyepak tiang sudut selepas perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam tadi viral di media sosial.

Tindakan spontan yang mungkin berpunca dari rasa gembira dan melepaskan geram itu berjaya dirakam kemera dan perbuatan baginda terus viral tidak beberapa selepas itu.

Tindakan Tunku Ismail mendapat pelbagai komen di Facebook di mana ada di antara pengguna bertanya apa yang mungkin disepak TMJ andai pasukan baginda tewas malam tadi.

Sementara itu, Bernama melaporkan JDT mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu 3-1 pada perlawanan suku akhir kedua berkenaan.

JDT mara ke separuh separuh akhir dengan agregat 3-1 selepas seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama.

JDT akan menentang Felda United pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 20 Okt ini diiikuti perlawanan separuh akhir kedua di sini, pada 25 Okt ini.

Pada perlawanan malam ini, pemain kebangsaan, Safiq Rahim muncul wira pasukan JDT apabila menjaringkan dua gol manakala satu gol daripada pemain import, Luciano Gabriel Figueroa.

JDT memulakan aksi dengan rentak agresif apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu Terengganu.

Namun, jaringan pertama skuad Harimau Selatan hadir pada minit ke-15 selepas Mohd Nazrin Mohd Nawi membuat hantaran lintang sebelum Safiq menanduk masuk, menewaskan penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee.

Figueroa menambah jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-21 selepas menerima hantaran cantik Mohd Amri Yahyah.



Bagaimanapun, skuad Penyu bangkit pada separuh masa kedua dengan persembahan lebih bertenaga serta melakukan beberapa gerakan menarik.

Akibat kecuaian benteng pertahanan JDT, skuad bimbingan Abd Rahman Ibrahim akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-60 hasil gerakan solo Mohd Ashari Samsudin.

Bagaimanapun, Safiq mengesahkan laluan JDT ke separuh akhir dengan jaringan pada minit ke-74, hasil hantaran Mohd Amri.

MyNews Hub

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

5 Sept 2014

Piala Malaysia 2014 | Penyokong Perak Menyerang Penyokong Sarawak di Ipoh

Lima penyokong Sarawak daripada 'GB13' kumpulan itu telah didakwa diserang di luar perkarangan Stadium Perak pada malam Rabu, menurut akaun kipas dan video di media sosial. 

Photo Kredit: GB13 Fan, screenshot dari Facebook 
Serangan dan nama-panggilan yang berlaku selepas perlawanan Piala Malaysia yang hilang 2-0 Sarawak, dipercayai telah dicetuskan oleh salah satu kumpulan penyokong berpengaruh Perak FA (PAFA) di tempat letak kereta stadium apabila pelawat Sarawak kira-kira untuk meninggalkan.

Menurut seorang daripada mangsa, Hifadhi Fatha Sarbini, 22, yang bekerja di Sarawak Ampang, mereka akan meninggalkan stadium secara aman apabila salah seorang penyerang yang didakwa dilihat menjerit sopan dan penyalahgunaan kaum pada mereka di tempat letak kereta. 

"Saya melihat dia dari jauh dan telah didatangi oleh salah seorang penyokong rumah menjelaskan keadaan apabila saat kemudian, rumah lain (Perak) penyokong berlari ke arah saya dan melemparkan tumbukan ke kepala saya dan (saya) yang ditendang di badan saya," katanya. "Mereka menjerit 'balik la..ini Ipoh' ('Pergi rumah, ini adalah Ipoh'), 'Sarawak reti tak utama (Sarawak tidak tahu bagaimana untuk bermain' dan 'bodoh Melayu dan Iban Sarawak' ('Melayu dan Iban di Sarawak bodoh ') pada kita apabila mereka menguasai kita, "kata Hifadhi. 

Beliau kemudiannya menggesa pihak polis dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengambil tindakan terhadap Perak AFA kerana gagal menyediakan keselamatan yang mencukupi kepada peminat melawat. 

"Saya telah membuat laporan polis hari ini dan saya berharap polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh," katanya. 

Satu lagi mangsa, Charles Steve, 25, berkata, dia diserang sebelum melarikan diri untuk perlindungan di tempat letak kereta. 

"Bagaimanapun, seorang lagi penyokong rumah tiba-tiba datang dari belakang dan menendang saya di pinggang," kata Charles yang menambah bahawa Sarawak lagi mengalami pendarahan hidung berikutan serangan itu. 

"Ia mengecewakan saya untuk mempunyai pengalaman ini di Perak kerana ini adalah perjalanan pertama saya pernah ke Ipoh," katanya. 


"Apa yang telah kita lakukan salah? Ada kami merawat penyokong di luar teruk sebelum ini? Adakah ini yang FAM mahu berlaku dalam Liga Malaysia? Sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan orang-orang yang bertindak sebagai 'samseng kampung' ('samseng kampung') tidak menyerang orang lain juga, "katanya. 

Dua video yang dirakam oleh seorang saksi pergi virus di media sosial di mana yang pertama, satu video 15 saat menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju T berwarna hitam dilihat menumbuk seorang daripada mangsa, manakala satu lagi video 1 minit menunjukkan regu pemilik menjerit di Sarawak "kembali ". 

Yang meremehkan kaum terhadap Sarawak juga berlaku di atas padang sebagai pemain import Sarawak Junior Eldstal dalam akaun Twitternya semalam membayangkan ucapan perkauman dilemparkan kepada seorang lagi pemain Sarawak semasa perlawanan. 

"Masih sangat meluat dan kecewa mendengar perkauman dibuat ke arah rakan sepasukan saya #SayNoToRacism saya" menulis sebarang tweet beliau. 

Eldstal bagaimanapun tidak menamakan pemain yang menyatakan perkara itu.

Artikel asal dalam bahasa English. Penulis Sudah Translate ke Melayu. 
Kredit : Sabah Column
Baca selengkapnya

1 Sept 2014

BADMINTON KEJOHANAN DUNIA 2014 :AKSI FINAL LEE CHONG WEI KALAH KEPADA CHEN LONG

01/09/2014 : Keputusan Penuh Badminton Kejohanan Dunia  Lee Chong Wei Kalah Straight Set 19-21 dan 19-21 sekaligus meranapkan impian untuk merebut gelaran Juara Dunia 

Aksi Final Kejohanan Badminton Dunia 2014, Lee Chong Wei kalah  kepada Chen Long19-21 dan 19-21
Aksi Final Kejohanan Badminton Dunia 2014 : JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal meraih gelaran juara dunia selepas tewas kepada pemain China Chen Long pada aksi akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF yang berlangsung di Copenhagen Ahad.

Chong Wei tewas straight set 19-21 19-21 sekaligus meranapkan impiannya untuk bergelar juara kejohanan ini buat kali pertama.

Ini merupakan final ketiga Chong Wei selepas edisi 2011 di England dan 2013 di China. 

Buat Jaguh Badminton negara ini, Walaupun anda kalah hari ini tetapi anda sebenarnya sudah banyak memberi kegembiraan dan mengangkat nama negara di persada dunia.

Pada perlawanan akan datang jika anda masih mampu bermain, anda mempunyai matlamat jelas iaitu tebus kekalahan malam ini.

Bagi kata perangsang sama Jaguh Badminton Malaysia
Baca selengkapnya

16 Jul 2014

Senarai 23 Pemain Pilihan Dollah Salleh Galas Cabaran Bolasepak Negara 2014

Senarai 23 Pemain Pilihan Dollah Salleh Galas Cabaran Bolasepak Negara 2014

KUALA LUMPUR: Sejumlah 23 pemain dipanggil oleh pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh, untuk menjalani latihan pusat, sebagai persediaan menghadapi perlawanan antarabangsa menentang Tajikistan di tempat lawan, 8 Ogos ini. 

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini berkata, semua pemain berkenaan akan melaporkan diri kepada Dollah untuk sesi latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya, beberapa hari sebelum mereka bertolak ke Tajikistan. 

Perlawanan menentang Tajikistan merupakan tugasan pertama Dollah selepas dilantik oleh FAM sebagai pengendali baharu skuad Harimau Malaya pada 9 Julai lepas. 

Malaysia dijangka menentang Jordan pada aksi kedua persahabatan kelas 'A', 11 Okt ini yang antara lain menjadi medan persiapan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang bakal dihoskan oleh Singapura dan Vietnam pada November ini. 

Presiden baharu FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menetapkan sasaran ke final Piala AFF Suzuki 2014 kepada skuad Harimau Malaya. 

Senarai 23 pelatih skuad Harimau Malaya: 
----------------------------------------- 
Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohd Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Safee Sali, Mohamad Fadhli Mohd Shas (Johor Darul Ta'zim). 

Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, R. Gopinathan, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Hafiz Kamal (Pahang); Mohd Farizal Marlias, S. Kunalan, Mohd Bunyamin Umar (Selangor); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Badhri Mohd Radzi, Ahmad Fakri Saarani (Kelantan). 

Mohd Norfarhan Mohamad, Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu); Mohd Muslim Ahmad (PDRM); S. Chanturu (Sarawak); Baddrol Bakhtiar (Kedah). 
 BERNAMA 
Baca selengkapnya

5 Jul 2014

Semasa : Chong Wei Cedera, Mungkin Terpaksa Tarik Diri Komanwel

PASIR MAS – Jaguh negara Datuk Lee Chong Wei mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk mengetuai skuad badminton negara ke Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, bermula 23 Julai ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau menerima berita yang pemain nombor satu dunia itu mengalami kecederaan yang menyebabkannya mungkin tidak dapat menyertai skuad negara ke Scotland.

“Saya ada terima berita dari Institut Sukan Negara (ISN) bahawa kecederaan yang dialami Chong Wei mungkin tidak dapat mengizinkan dia bermain di temasya Sukan Komanwel itu,” katanya kepada pemberita sebelum Majlis Pengagihan Zakat dan Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Jias di sini, Jumaat.

Beliau berkata jika perkara berkenaan disahkan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu memikirkan strategi terbaik bagi menggantikan Chong Wei.

“Saya harap BAM akan dapat buat pilihan terbaik untuk menggantikan beliau dan pemain yang lain mestilah menunjukkan prestasi baik untuk menampung kehilangan Chong Wei terutama dalam acara berpasukan.

“Jika perkara ini betul dan disahkan ia merupakan kehilangan besar buat kita sebab kita harapkan beliau untuk dapat satu atau dua pingat emas,” katanya.

Adalah difahamkan pemain berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan pangkal peha ketika beraksi pada Kejohanan Terbuka Indonesia di Jakarta bulan lepas dan kini sedang menjalani rawatan dan pemulihan.

Adalah dipercayai pihak ISN telah memaklumkan kepada pemain itu bahawa penyertaannya dalam Sukan Komanwel kali ini merupakan ‘keputusan yang tidak bijak’ kerana beliau memerlukan rawatan secara terperinci.

Selepas Sukan Komanwel, Chong Wei juga dijadual menyertai Kejohanan Dunia di Denmark pada 25-31 Ogos ini sebelum menyertai Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, September ini. – BERNAMA
Baca selengkapnya

18 Jun 2014

Piala Dunia 2014 : Mexico Leburkan Rekod Brazil Menang 10 Perlawanan


FORTALEZA: Penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa tampil menyelamatkan dua kali percubaan bahaya Neymar membantu Mexico seri 0-0 ketika menentang Brazil dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Castelao, Fortaleza sebentar tadi - sekali gus menamatkan rentetan 10 kemenangan berturut-turut pasukan tuan rumah.

Ochoa bertindak tangkas untuk menafikan tandukan Neymar pada babak pertama, menghalang satu rembatan daripada penyerang pada babak kedua sebelum menghalang satu lagi tandukan daripada kapten Brazil, Thiago Silva pada lewat babak permainan. 

Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan mengutip empat mata selepas dua perlawanan untuk terus menerajui kumpulan berkenaan. 

Mexico jelas berjaya mendominasi permainan khasnya pada babak kedua dan andai lebih tajam dalam percubaan ke arah pintu gol mereka mungkin sudah mengutip semua mata awal pagi tadi. - REUTERS
Baca selengkapnya

16 Jun 2014

Liga Perdana 2014 : FELDA United Leburkan Rekod Tanpa kalah PDRM

Liga Perdana 2014

Carta Tekini Liga Perdana 2014
Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ di antara PDRM dan Felda United sebentar tadi akhirnya meleburkan rekod cemerlang PDRM selepas 19 perlawanan apabila FELDA united berjaya mengatasi PDRM 1-0 melalui pemain importnya Zah Rahan.

Ini sekaligus membuka ruang untuk Felda United mencabar untuk merebut tempat teratas dalam Liga Perdana. Felda yang juga finalis Piala F.A 2014 kini ketinggalan 5 mata dengan hanya beberapa lagi baki perlawanan. 

Sementara itu pasukan Sabah pula akan turun pada malam ini menentang SPA Kuala Lumpur di stadium Hang Jebat, Melaka.

Pasukan Sabah Tiba di Stadium Hang Jebat


ADMIN
Baca selengkapnya

15 Jun 2014

Lee Chong Wei Tundukkan Pemain Hong Kong Juarai Terbuka Jepun


Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran kelima Siri Super selepas menundukkan pemain Hong Kong, Hu Yun pada final badminton Terbuka Jepun dengan 21-14, 21-12 di Gimnasium Metropolitan Tokyo, sebentar tadi. 

Tahniah Teruskan Mencipta Kejayaan !!!
Malaysia Boleh !!!

Baca selengkapnya

8 Jun 2014

BOLASEPAK PIALA FA 2014 : PAHANG JUARA YANG BARU

Harapan Felda United Julang piala F.A Berkecai


SHAH ALAM: Pasukan Pahang bejaya merangkul Piala FA buat kali kedua selepas tahun 2006 dengan menewaskan pasukan Felda United 2-1 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu.

Impian Felda United untuk mencipta sejarah meraih trofi ini buat julung kalinya musnah apabila kemenangan saat akhir skuad Tok Gajah yang dibimbing Zainal Abidin Hassan.

Felda United yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim mempamerkan aksi kemas cuba melakukan serangan  di kubu lawan dan  Edward Junior Wilson berjaya  membuka jaringan pertama pada minit ke-22.

Bersambung pada babak kedua, pemain-pemain Tok Gajah mula mempamerkan aksi lebih kemas di bahagian tengah bagi mengawal kemaraan serangan Felda United.

Mohd Faizol Hussien pada minit ke-80 berjaya memecah kebuntuan gol Pahang apabila melakukan tendangan kencang menggunakan kaki kirinya sekaligus mengecewakan penjaga gol Felda United, Mohd Farizal Haron.

Pemain-pemain Pahang seperti sudah selesa dengan rentak permainan terus mencuba untuk mencari cari gol kemenangan dan akhirnya pemain import Dickson Nwakaeme memastikan trofi Piala FA tahun ini menjadi miliknya dengan melakukan jaringan minit ke-88.

Biarpun skuad Felda United cuba mengejar, namun sedikit kelalaian di benteng pertahanan pada minit-minit terakhir itu memberi padah kepada mereka.

Barisan Pemain:

PAHANG: Md Khairul Azhan Khalid, Mohd Saiful Nizam Miswan, Damion Delano Stewart, Mohd Razman Roslan (kapten), Mohd Shahrizan Mohd Salleh, Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan, Azidan Sarudin (Mohd Faisol Hussein), Matias Ruben Conti
(Zeshan Rehman), Azamuddin Mohd Akil (Mohd Fauzi Rozlan), Dickson Nwakaeme

FELDA UNITED FC: Mohd Farizal Harun, Yarozlav Krushelnitskiy, Hasni Zaidi Jamian, Muhammad Shukor Adan (kapten), Mohd Aizulridzwan Razali, Mohd Khairul Ismail (Mohd Nashriq Baharom), Zah Rahan Krangar, Ahmad Syamim Yahya (Mohd HarisSafwan Mohd Kamal), Mohd Raimi Mohd Noor (Shahrulnizam Mustapa), Indra Putra Mahayuddin, Edward Junior Wilson.
Baca selengkapnya

29 May 2014

SUKMA PERLIS : SABAH KUASAI SEPAK TAKRAW WANITA SUMBANG EMAS


Sabah merangkul 2 emas melalui acara sepak takraw bagi kategori regu dan double wanita.

Regu double Sabah diwakili Kamisah Khamis dan Razmah Anam menewaskan regu dari Wilayah Persekutuan dengan straight set 21- 18 dan 21- 11.

Manakala, menerusi gandingan regu Sabah, Emilia Eva Natasha, Nurfateha Rossli dan Lailah menewaskan regu dari Pulau Pinang dengan keputusan straight set, 21- 13 dan 21-18.

Tahniah kepada semua yang berjaya !!!
SABAH BULI !!!
Baca selengkapnya

Bolasepak Sabah :Pergaduhan boleh Menjejaskan Semangat Kesukanan

Bolasepak : Maklumat mengatakan berlaku pergaduhan di Keningau
Bolasepak adalah satu permainan sukan yang popular di dunia dan mempunyai paling ramai peminat di seluruh negara. Dalam masa terdekat ini, Negara Brazil akan mencipta sejarahnya untuk kali kedua apabila menjadi tuan rumah dalam  Kejohanan Piala Dunia FIFA yang ke-20. Jika Malaysia adalah antara pasukan yang bertanding di Piala Dunia, saya yakin bolasepak itu pasti akan dapat menyatukan seluruh rakyat negara ini.

Mari kita lihat apa yang berlaku di peringkat bawahan sebelum mendongak tinggi ke atas. Kebiasaannya setiap kali berlangsungnya pertandingan bolasepak kita akan mendengar ada saja pergaduhan di antara pemain dan ada juga yang melibatkan satu kampung. Beberapa pertandingan/anjuran yang popular peringkat kampun  adalah "Kejohanan Bolasepak Piala YB" dan " PIALA MAGGI ".

PUNCA PERGADUHAN

Paling utama adalah kerana mahu menjadi juara. Bergantung kepada hadiah yang ditawarkan kalau wang tunai yang lebih besar itu mungkin akan mengundang lebih banyak kontroversi. Bermula dari pendaftaran, cabut undi sehingga perlawanan dimulakan kebiasaannya ada saja masalah akan timbul. 

Mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pertandingan tersebut ada yang "KAPSIT". Biasanya mereka sudah 'deal' dengan pengadil perlawanan untuk menjahanamkan pasukan yang bukan dari kalangan mereka. Tidak semua pengadil begitu tetapi di peringkat kampung atau daerah memang ada yang buyuk.

Adakalanya keputusan mereka boleh dipertikaikan (kalau pemain bola mesti faham) macam susah mau di 'explain' tapi macam mana juga kalau protes seja pun mau bayar duit lagi. Belum tentu lagi menang protes sebab pertandingan ini tidak dipantau oleh pihak-pihak sepatutnya. 

Untuk mengelakkan kejadian pergaduhan saya berpendapat ianya  bermula dari pihak penganjur itu sendri supaya tiada 'double standard' dan bersikap adil. Semua informasi yang berkaitan hendaklah dijelaskan dan dimaklumkan lebih awal agar tidak meyusahkan pemain. Paling penting juga mungkin adalah pengadil yang dipilih BERSIH rasuah barulah kita akan dapat melihat satu permainan yang berkualiti dipamerkan oleh para pemain.
Ditulis oleh djk berdasarkan pengalaman dan perkongsian dari kawan-kawan.

Baca selengkapnya

25 May 2014

Piala Thomas : Lee Chong Wei Beri Mata Pertama kepada Malaysia

Piala Thomas 2014 : Terima kasih Datuk Lee Chong Wei kerana memberikan mata pertama kepada Malaysia dengan kemenangan 21-12, 21-16. Laluan sudah dibuka oleh pemain nombor satu negara ini untuk membawa balik Piala Thomas ke negara kita. 

Semoga yang lain-lain akan mengikut jejak beliau.

Baca selengkapnya

Bolasepak Malaysia : Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah Presiden FAM Baru

Presidesn Baru FAM
KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah dilantik sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Beliau dilaporkan mendapat 27 undi sekaligus mengalahkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendapat 12 undi dalam persaingan dua penjuru itu.

Pada pusingan pertama pemilihan, Tengku Abdullah meraih 24 undi manakala Tunku Ismail meraih 15 undi namun pemilihan terpaksa diadakan semula kerana keputusan itu tidak mencapai majoriti dua pertiga mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan Presiden FAM.

Pemilihan ini berlangsung ekoran Presiden Persatuan FAM Sultan Ahmad Shah menarik diri daripada mempertahankan jawatan presiden pada Kongres Tahunan Ke-50 untuk memberi ruang kepada kepimpinan baharu.

Sultan Ahmad Shah menjadi Presiden FAM sejak tahun 1984.
Baca selengkapnya

21 May 2014

THOMAS CUP 2014 : Darren Liew Tewas Lagi | Rashid Sidek Kelu

Tiada jawapan di sebelak aksi hambar Daren

New Delhi: Sekali lagi episod - Malaysia menang, kapten tumbang - berulang dalam kempen Piala Thomas, semalam. 

Ketika pemain lain yang diturunkan tidak berdepan masalah membutirkan mata, tetapi tidak Liew Daren apabila dua kali berturut-turut tumbang. 

Malam tadi, aksi Daren sebagai kapten pasukan terus mengecewakan apabila tewas di tangan Lukas Schmidt 20-22, 10-21 sekali gus gagal memberikan kemenangan mutlak buat skuad negara yang menang 4-1 ke atas Jerman dalam aksi kedua Kumpulan C kempen Piala Thomas di Stadium Tertutup Siri Fort.

Kelmarin, dia turut menjadi punca kegagalan Malaysia untuk mencatat kemenangan bergaya apabila tewas kepada perseorangan India, RMV Gurusaidutt 21-18, 13-21, 19-21 yang menyaksikan skuad negara sekadar menang 4-1.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek pula kelu lidah dan tidak tahu apa lagi alasan yang boleh diberikan berhubung aksi hambar Daren dalam dua perlawanan saingan Piala Thomas kali ini.

“Saya pun tidak tahu apa masalah Daren ini kerana kita sudah persiapkan dia untuk Piala Thomas kali ini. Semalam (kelmarin) setidak-tidaknya dia masih boleh bagi saingan juga, tetapi hari ini (semalam) pada set kedua langsung tidak boleh bersaing.

Baca selengkapnya