30 Oct 2014

VIDEO KEJADIAN TEMBAKAN DI PENAMPANG SABAH 30/10/2014

GEMPAR DAN PANAS KEJADIAN YANG BERLAKU HARI INI DI PENAMPANG SABAH.

Banyak yang bertanya tentang kejadian yang berlaku petang tadi di Penampang lebih-lebih lagi apabila gambar sekumpulan anggota Polis menjadi Viral dan tersebar luas melalui aplikasi whatSAPP dan di laman sosial.

Kini dikongsikan kepada anda antara laporan berkaitan kejadian yang berlaku hari ini yang dipetik dari Portal Suara Masyarakat Sabah Hari Ini.

Kota Kinabalu : Polis Sabah berjaya mematahkan tindakan oleh sekumpulan lelaki yang cuba melakukan rompakan di Penampang hari ini. Memetik sumber kuat  yang enggan didedahkan Pihak Polis Sabah sudah menghidu pergerakan mereka dan perancangan yang baik disusun  bagi menggagalkan usaha kumpulan tersebut.

Sumber dalam satu panggilan telefon ringkas memberitahu satu operasi Kilat dibuat di lokasi berkenaan dan maklumat lanjut akan dikongsikan sebentar lagi. “Tiada rompakan berlaku di Penampang hari ini dan diharap agar semua pihak jangan panik.”, menurut sumber lagi.

Diharap agar semua orang tidak percaya kepada sebarang khabar angin yang disebarkan tentang kejadian Tembakan di Penampang pada hari ini. Sila hubungi Balai Polis yang behampiran dengan anda jika mendapat khabar angin atau maklumat yang mencurigakan untuk tujuan pengesahan.


Bagikan

Jangan lewatkan

VIDEO KEJADIAN TEMBAKAN DI PENAMPANG SABAH 30/10/2014
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"