Operasi khas JPJ ke atas pemilik kenderaan yang menggunakan Strobe light dan lampu HID mulai 1 November ini |
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan operasi khas ke atas pemilik kenderaan yang menggunakan Strobe light, lampu HID dan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan mulai 1 November ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, operasi khas tersebut dibuat secara bersepadu melibatkan agensi penguatkuasa lain antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).
"JPJ memberi tempoh sehingga 31 Oktober ini kepada orang ramai untuk mengambil tindakan pembetulan dengan menukarkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan atau spesifikasi yang ditetapkan, menukar lampu HID yang tidak mengikut spesifikasi dan menanggalkan Strobe light yang dipasang di kenderaan masing-masing,"katanya.
Beliau berkata, demikian pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ismail turut memberitahu, bermula 1 November ini, pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan saman dibawah Kaedah 6(7) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Perlesenan) 1959.
KOSMO ONLINE !
Bagikan
Operasi khas JPJ ke atas pemilik kenderaan yang menggunakan Strobe light dan lampu HID mulai 1 November ini
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"