20 Oct 2014

ADEL Tersingkir Kini Tumpuan Kepada FIRMAN AF mewakili SABAH

djkupang & Friends
ADEL AF diumumkan sebagai peserta Akademi Fantasia 2014 bagi Minggu Ketujuh yang Tersingkir apabila undian SMS tidak memihak kepadanya.

Walaupun mendapat pujian dan sentiasa menunjukkan peningkatan pada setiap minggu ketika membuat persembahan ternyata itu bukanlah  sesuatu yang boleh memastikan ADEL AF untuk terus berada di Akademi Fantasia.

Namun begitu ADEL AF boleh menarik sedikit nafas lega kerana Pentas Akademi Fantasia telah banyak membantu dan mengangkat beliau untuk lebih dikenali seterusnya membuka laluan yang lebih cerah untuk berkecimpung dalam industri hiburan tanah air.

ADEL sudah menjalankan tugasnya dengan baik menjadi duta negeri Sabah memperkenalkan Pertandingan UNDUK NGADAU di seluruh Malaysia. Selain bakat nyanyian yang dimilikinya personalitinya juga sebagai mantan peserta UNDUK NGADAU menarik perhatian umum untuk mengetahui lebih lanjut. TAHNIAH ADEL !!

Kini pastinya tumpuan beralih kepada salah seorang lagi peserta dari Sabah iaitu MHD FIRMAN BIN BANSIR atau lebih dikenali sebagai FIRMAN AF. Anak Jati kelahiran daerah Tawau ini juga sentiasa konsisten setiap kali beraksi atas pentas.

Firman, 21 tahun yang belum mendapat pekerjaan tetap ketika terpilih menyertai AF meluangkan masa dengan hobi bermain gitar dan game online. Penyanyi kegemarannya adalah Azlan and The Typewriter dan Faizal Tahir dua nama yang cukup dikenali dengan lagu-lagu yang bernada tinggi,

Semoga FIRMAN AF akan terus dapat bertahan dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan cita-cita dan harapan seluruh penyokong setianya dibayar dengan kejayaan.

GOOD LUCK FIRMAN AF

SAKSIKAN MODEL TERBARU TOYOTA  YANG PALING GEMPAK DI DUNIA !!!


Bagikan

Jangan lewatkan

ADEL Tersingkir Kini Tumpuan Kepada FIRMAN AF mewakili SABAH
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"