18 Sept 2014

PENCETAK PERTAMA ANDROID OLEH SAMSUNG

djkupang & friends
PENCETAK PERTAMA ANDROID OLEH SAMSUNG
SAMSUNG Electronics Co Ltd mengumumkan sebanyak 10 model pencetak pelbagai fungsi (MFP) untuk pasaran Eropah di acara "Smart MultiXpress" yang bertempat di IFA 2014, Berlin.

Model-model baru itu datang dalam empat kategori iaitu siri X4300 (A3 warna), K4350 (A3 monokrom), M5370 (A4 monokrom) serta M4580 (A4 monokrom) dan direka untuk menjadi lebih berdikari, intuitif dan sesuai untuk semua jenis persekitaran perniagaan.

MFP merupakan pencetak pertama seumpamanya yang dilengkapi dengan sistem operasi Android.

Naib Presiden Eksekutif Penyelesaian Percetakan di Samsung Electronics, Dr. Kiho Kim berkata dalam satu kenyataan, Samsung akan terus berusaha untuk membuat inovasi berfokuskan pengguna, MFP yang dipasang dengan Android OS ini akan meningkatkan pengalaman pejabat pintar Samsung untuk pelanggan perniagaan dan membolehkan percetakan multidimensi yang lebih luas dan teknologi percetakan yang lebih maju.




"Barisan pencetak baru kami menggabungkan teknologi IT terbaik di dalam Samsung dan pengetahuannya dalam peranti OA untuk mencipta produk yang lebih  inovatif untuk pasaran pejabat automasi yang baru," katanya.   

MFP baru ini akan menampilkan Samsung Smart UX Centre untuk pengendalian secara bebas tanpa komputer peribadi, aplikasi berskala dan antara muka yang mesra pengguna.

Ia juga mempunyai panel skrin sentuh 10.1 inci yang membolehkan pengguna mencari dan mencetak dari pelayar web, e-mel, peta, gambar dan lain-lain jenis kandungan, tanpa perlu untuk menyambung ke komputer atau pelayan.   

Skrin sentuh itu juga menawarkan keupayaan untuk pratonton dokumen, dan juga mengedit serta kemampuan menganotasi.

Bagikan

Jangan lewatkan

PENCETAK PERTAMA ANDROID OLEH SAMSUNG
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"