Apakah tindakan anda apabila seekor kucing mencuri makan ikan anda?
Bagi sesetengah orang yang tidak suka kepada kucing mungkin hukuman yang lebih berat bakal diterima oleh si kucing ini. Kadangkala tanpa berniat untuk menyakiti kucing, tindakan kita berlaku secara spontan disebabkan oleh faktor persekitaran.
Faktor persekitaran yang saya maksudkan adalah anda mungkin mengalami gangguan perasaan pada ketika itu atau memang anda seorang yang ALERGIK dan mempunyai sejarah silam dengan kucing.
Atau anda memang hanya pentingkan diri sendiri sahaja?
Kerana seekor ikan tergamakkah kita menyakiti kucing yang sedang kelaparan ?
Kisah di bawah ini adalah mengenai seekor kucing yang parah dipukul dikongsikan oleh seseorang kemudian menjadi viral di laman sosial.
Patah gigi kucing ini. Macamana mau makan? |
Seorang peniaga ikan di pasar Selayang sanggup memukul seekor kucing sehingga cedera parah gara-gara mencuri ikan.
Bagaimanapun, kucing malang itu kini selamat dan dijaga oleh insan yang masih sikap perikemanusiaan.Hampir semua gigi kucing ini patah akibat dipukul oleh peniaga ikan terbabit. Kecederaan yang teruk ini menyebabkan si kucing menghadapi kesukaran untuk makan dan terpaksa disuap menggunakan picagari.
Tidak hanya berdasarkan kisah yang dikongsikan di atas, malah dalam apa juga tindakan yang Bakal/Akan kita buat lakukan haruslah melalui pertimbangan akal yang waras kerana jika kita menyalahkan kucing ini mencuri ikan, kucing tidak mempunyai akal seperti manusia. Adakah anda seekor kucing?
Episod satu dan akan bersambung..
Bagikan
Adakah Anda Seekor Kucing?
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"