Bulan puasa dan bazar Ramadan memang ibarat aur dan tebing.
Bila menjengah je bulan puasa, setiap pelusuk bazar Ramadan akan dijelajahi segenap lapisan masyarakat Malaysia untuk mendapatkan pelbagai juadah berbuka yang pastinya enak-enak dan lazat.
Namun dalam leka dan rambang mata berbelanja, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dengan pembelian kerana takut terbeli makanan dan minuman yang dah basi dan rosak sehingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita yang menjamahnya.
Ini kerana menerusi sebuah akaun Facebook yang dikongsikan Hamdan Nasir, mengingatkan orang ramai di luar sana agar berhati-hati membeli juadah kerana dua orang anak rakannya kini terlantar di hospital, di mana salah seorang dari mereka masih lagi koma.
Penyebab dua beradik ini dimasukkan ke hospital adalah dipercayai kerana keracunan makanan yang tercemar yang dibeli di bazar Ramadan di Sri Muda, Shah Alam.
Jadikan kisah adik ini sebagai pengajaran dan jika terbukti memang makanan dari bazar itu menjadi penyebab, seharusnya pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga makanan tersebut kerana telah membahayakan nyawa pembeli demi mengaut keuntungan dalam perniagaan.
Bagikan
Semasa : Budak Koma, Akibat Keracunan Makanan Dibeli Di Bazar Ramadan
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"