4 Jul 2014

Perogol dua Gadis 13 Tahun Ditahan

berita sarawak, Perogol gadis -djkupang blog

Berita Sarawak Perogol Gadis 13 Tahun


SIBU: Seorang lelaki berumur 18 tahun yang mempunyai rekod jenayah rogol yang belum selesai di mahkamah mengulangi kesalahannya selepas dituduh merogol seorang lagi gadis berumur 13 tahun.

Menurut laporan, mangsa bawah umur tersebut dikatakan telah dibawa oleh suspek sebanyak dua kali ke hotel bajet pada Januari dan April lepas.

Gadis tersebut yang tinggal di Jalan Tong Sang, telah mengenali suspek yang tinggal di Jalan Tiong Hua.

Selepas menjalin hubungan intim, gadis tersebut mendapati dirinya tidak datang haid lagi.

Keadaan tersebut memaksa gadis tersebut memberitahu suspek bahawa dirinya sudah mengandung.

Difahamkan juga suspek telah bersetuju untuk berkahwin dengan gadis tersebut, namun mengubah fi kirannya selepas tidak mendapat restu daripada ibu bapanya.

Terdesak dengan keadaan dirinya, mangsa telah memberitahu ibunya mengenai apa yang telah terjadi kepada dirinya pada 29 Jun lalu.

Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut terus bertindak membawa anaknya ke klinik untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Selepas pemeriksaan itu, doktor telah mengesahkan mangsa telah mengandung lima bulan.

Tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut, ibu mangsa mengheret anak gadisnya ke balai polis di sini untuk membuat laporan polis pagi Selasa lalu.

Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah sama yang masih belum selesai di mahkamah.

Suspek juga telah melakukan jenayah rogol terhadap seorang lagi gadis berumur 13 tahun, tahun lepas.

Suspek juga tidak hadir di mahkamah sekali gus memaksa mahkamah mengeluarkan waran tangkap.

Suspek telah Berjaya ditahan di rumahnya pada malam kelmarin.

Menurut pegawai penyiasat, polis akan mengendalikan kes pertamanya terlebih dahulu manakala tuduhan kes rogol kedua suspek akan dilakukan sehingga mangsa melahirkan bayinya pada November akan datang.

Sehingga itu, polis dijangka akan menunggu keputusan pemeriksaan DNA bayi untuk menentukan siapa bapa bayi itu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi telah mengesahkan kes tersebut.

Katanya kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

Perogol dua Gadis 13 Tahun Ditahan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"