4 Jul 2014

Kebakaran di Pulau Gaya : Lebih 30 rumah, Melibatkan 2,000 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang

Kebakaran di Pulau Gaya : Lebih 30 rumah, Melibatkan 2,000 Penghuni


KOTA KINABALU: Lebih 30 rumah di penempatan atas air Kampung Pondo, Pulau Gaya musnah dalam insiden kebakaran kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari itu mengakibatkan kira-kira 2,000 penghuni tinggal sehelai sepinggang berikutan kemusnahan kediaman masing-masing akibat kebakaran terbabit.

Turut berlaku lima letupan dipercayai berpunca daripada tong gas sepanjang kebakaran itu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohammad Affendy K Ramin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran itu pada jam 12.48 tengahari sebelum sepasukan anggota digegaskan ke pulau itu.

“Sepasukan anggota menggunakan bot untuk operasi memadamkan api di pulau berkenaan dan api berjaya dikawal pada jam 1.37 petang.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 2.33 petang dan berdasarkan maklumat awal tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kebakaran ini,” katanya.

Punca dan jumlah kerugian dalam kebakaran yang melibatkan keluasan satu ekar itu masih dalam siasatan.
Sementara itu, Bernama melaporkan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Pulau Gaya Kansi Abdullah, yang berada di rumahnya ketika kejadian, berkata beliau terdengar lima bunyi letupan.

Beliau berkata letupan tong gas memasak dipercayai punca kebakaran yang berlaku di perkampungan berkenaan.
UTUSAN BORNEO


INI PULA ADALAH LAPORAN HARIAN METRO
Pulau Gaya: Sebahagian penduduk Kampung Pondo di sini, nekad terjun ke laut untuk menyelamatkan diri sebaik mendengar sekurang-kurangnya sembilan bunyi letupan kuat dipercayai bahan digunakan untuk membuat bom ikan selepas lebih 30 rumah atas air musnah dalam kebakaran, semalam.
Berikutan kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu, lebih 300 penghuni tinggal sehelai sepinggang, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian.

Difahamkan, letupan kuat turut jelas kedengaran di sekitar bandar raya Kota Kinabalu terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.
Seorang penduduk Saidi Sinal, 33, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu dan terkejut apabila mendengar bunyi dentuman sebelum terjun ke laut bagi menyelamatkan diri.
“Ketika itu saya sedang berehat di ruang tamu selepas keluar membeli barang di bandar.
“Bagaimanapun, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman cukup kuat berhampiran rumah menyebabkan saya terus berlari keluar dan terjun ke laut,” katanya ketika ditemui, semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04
Antara Laporan Akhbar Lain.
Laporan BHarian 03/07/2014
Akhbar Kosmo
UTUSAN ONLINE - 100 Penduduk Tinggal Sehelai Sepinggang

Artikel Pertama yang dikongsikan  adalah laporan Asal dari akhbar Utusan Borneo Link.

-djkupang.com [dikemaskini 14:43, 4/7/2014] 

Bagikan

Jangan lewatkan

Kebakaran di Pulau Gaya : Lebih 30 rumah, Melibatkan 2,000 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"