10 Jul 2014

DUTA YSLM : Umie Aida Tarik Diri Kembalikan Wang Tunai RM80,000

KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Pelakon dan penyanyi, Datin Umie Aida menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat YSLM yang sebelum ini berhasrat untuk menjalinkan beberapa kerjasama dengannya terutama dalam hal-hal yang melibatkan aktiviti amal dan kebajikan.

Umie Aida yang juga adik kepada penerbit serta pengarah filem terkemuka, Erma Fatima berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dihantar semalam.

"Pada Jumaat lepas, Saya menghadiri satu mesyuarat dengan sebuah syarikat bernama YSLM yang berhasrat mahu mengambil saya sebagai artis di bawah naungan mereka bagi tujuan aktiviti amal dan kebajikan untuk membantu anak-anak yatim dan golongan susah.

"Pada awalnya, saya bersetuju tetapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa membatalkan niat untyuk menjadi artis naungan syarikat tersebut.

"Mereka juga ada memberi saya wang tunai sebanyak RM80,000 sebagai hadiah tetapi keesokan harinya saya mengambil keputusan untuk memulangkan semula wang tersebut.

"Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik kepada pihak-pihak yang mengambil gambar-gambar saya pada hari berkenaan agar tidak menggunakan gambar tersebut untuk kepentingan syarikat.

"Sekiranya gambar-gambar saya digunakan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin tegaskan sekali lagi di sini bahawa saya bukan artis atau duta YSLM. Saya hanya duta kepada Phytoscience Stemcell dan tetapi serta masih setia bersama mereka," katanya. -Sumber:Murai.com.my

Bagikan

Jangan lewatkan

DUTA YSLM : Umie Aida Tarik Diri Kembalikan Wang Tunai RM80,000
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"