SANDAKAN: Seorang warga emas ditahan pihak polis selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak tadika ketika suspek menghantar mangsa ke sekolahnya di Jalan Labuk, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, suspek berumur 60 tahun ditahan bersama kereta Perodua miliknya di Bandar Sibuga Jaya Batu 8 pada hari berikutnya (Sabtu).
“Dalam kejadian tengahari Jumaat, mangsa berumur enam tahun diambil seperti biasa oleh suspek di rumah mereka di kawasan setinggan Batu 8 untuk dihantar ke sekolah tadika di Jalan Labuk.
“Ketika mangsa berada di dalam kereta terbabit, suspek telah memberhentikan keretanya bagi tujuan untuk ke rumah kawannya tidak jauh dari situ.
“Suspek kemudiannya bertindak membuka seluar dalam mangsa lalu menjilat kemaluan mangsa berulang kali sebelum suspek menghantar mangsa ke sekolah,” katanya.
Rowell berkata, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya kira-kira jam 9 malam sebelum ayahnya berusia 42 tahun dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan, lalu membuat laporan polis berhubung perbuatan suspek yang dikenalinya kira-kira tiga tahun lepas.
Suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Bagikan
Berita Sabah : Warga Emas Ditahan Selepas didakwa Mencabul
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"