Polis terus memperhebat usaha menangani kegiatan militan di negara ini, termasuk memperluas pemantauan di seluruh negara, khususnya di kawasan perairan.
Menurut Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato’ Shahbudin Abdul Wahab, pemantauan rapi sedang dilakukan terhadap kegiatan kumpulan militan yang dikenal pasti.
Dato’ Shahbudin bercakap dalam sidang media di Kota Kinabalu.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Hj. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata polis akan bertindak berlandaskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), selain kerjasama semua pihak untuk menangani kegiatan militan di negara ini.
Malah, katanya polis mempunyai kemampuan dari sudut maklumat dan kerjasama dengan negara serantau mahupun agensi risikan seluruh dunia.
Individu dan kumpulan militan disyaki terbabit di negara ini dipercayai mendapat latihan dari luar negara.
Bagikan
Berita Sabah : Polis Perhebat Usaha tangani Kegiatan Militan
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"