MIRI: Seorang guru berusia 23 tahun dan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menjadi mangsa terkini dalam dua kes cubaan merogol yang berlaku di dua lokasi berasingan di Permyjaya dekat sini, semalam dan petang Isnin lalu.
Dalam kejadian pertama pada jam 4 petang Isnin lalu, seorang guru wanita bersama ibunya sedang berada di ruang tamu rumah mereka di Taman Ceria di Permyjaya, apabila mereka didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali yang memakai topi kaledar dan bersenjatakan sebilah parang.
Suspek dipercayai lelaki tempatan, mengacukan parang ke arah mangsa dan ibunya sambil mengarahkan mereka melucutkan barang kemas yang dipakai dan menyerahkan wang tunai yang ada pada mereka.
Suspek kemudian meminta mangsa untuk duduk di sofa sebelum mengoyakkan kain yang dipakai mangsa menggunakan parang yang dibawanya.
Mangsa yang ketakutan kemudian menjerit meminta tolong dan bernasib baik kerana didengar oleh jiran sebelah yang kemudian datang untuk menjenguk mangsa dan ibunya.
Suspek yang terlihat jiran mangsa menghampiri lantas melarikan diri dari rumah tersebut.
Sementara itu, dalam kes kedua yang berlaku pada jam 7 pagi semalam, seorang pelajar sekolah terkejut dengan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali dan memakai topi, bercermin mata hitam, bertopeng dan turut membawa sebilah parang yang tiba-tiba muncul di dapur rumah mereka di Jalan Permaisuri, Permyjaya.
Suspek yang mengajukan parang untuk menakutkan mangsa, memintanya supaya tidak menjerit jika tidak mahu dicederakan dan mengarahkan mangsa menuju ke ruang tamu rumahnya sebelum meminta mangsa berbaring di atas sofa.
Bimbang diri dicederakan, mangsa memberitahu suspek untuk mengambil apa sahaja yang ada di rumah itu dan beredar dengan segera, namun suspek menolak dan memukul perut dan muka serta menampar mangsa.
Malah, suspek kemudian membawa mangsa masuk ke bilik tidur ibu bapanya sebelum menolak dan merogol mangsa dan kemudiannya meninggalkan tempat kejadian.
Kedua-dua mangsa membuat laporan polis berhubung insiden tersebut di Balai Polis Pusat Miri di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di sini semalam, percaya kedua-dua jenayah terbabit dilakukan oleh orang yang sama.
“Dalam kejadian yang berlaku ke atas pelajar berusia 14 tahun tersebut, polis pada awalnya menjangka bahawa mangsa sudah dirogol tetapi selepas pemeriksaan dilakukan oleh pihak hospital ke atas mangsa, doktor mengesahkan tidak terdapat sebarang kesan koyakan akibat dirogol namun ada kesan kemerahan pada peha mangsa, menunjukkan bahawa suspek ada di atas mangsa.
“Berikutan itu kita meminda kes berkenaan kepada cubaan merogol dan akan melakukan siasatan ke atas suspek di bawah Seksyen 376/511 kerana cubaan merogol,” jelas Gan.
Malah, beliau menambah polis kini turut mencari seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Aspin Amut, berusia dalam lingkungan 20-an, yang menetap di alamat terakhirnya, di Lot 7241-2-16 Quarterplex, Bandar Baru Permyjaya, untuk membantu polis menyiasat kedua-dua kes tersebut.
Bagikan
Suspek Dicari bantu Siasatan Melibatkan Percubaan Rogol
4/
5
Oleh
admin
1 disqus:
Tulis disqusKes pecah rumah, rogot and etc semakin kerap berlaku di Malaysia. Di mana tahap kesedaran pelaku niii ???? Bertindak tanpa berfikir ! Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kalian ..
Reply"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"