MIRI: Seorang pelajar perempuan ditemui terbaring di tepi jalan dipercayai mangsa ragut dalam kejadian di kawasan Senadin, di sini petang semalam.
Pelajar tingkatan empat itu ditemui seorang ibu yang memandu balik selepas mengambil anaknya dari sekolah berhampiran kawasan kejadian.
Mangsa ditemui sekitar jam 1.45 petang dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dengan kesan calar di bahagian lengan.
Beg sekolah mangsa juga didapati hilang dipercayai diragut ketika mangsa hendak balik dari sekolah.
Ibu berusia 32 tahun itu memberitahu, dia turut meminta pertolongan daripada jiran dan seorang pemandu bas sekolah yang melalui tempat kejadian.
Pemandu tersebut kemudian memaklumkan kepada polis dan ambulans.
Polis masih melakukan siasatan lanjut berhubung kes ini.
Bagikan
Sarawak : Pelajar 16 Tahun Terbaring Selepas Diragut
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"