15 Jun 2014

Sampel daging dipercayai kaki babi hanya diketahui selepas seminggu


KUCHING: Keputusan sia­satan yang dijalankan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) terhadap sampel daging yang dipercayai kaki babi yang ditemui di dalam mangkuk soto ayam yang dijual di premis makanan sebuah pusat beli-belah terkemuka, di sini mengambil masa lebih kurang seminggu untuk dipastikan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata JAIS telah mengarah pegawainya men­gambil sampel daging berk­enaan pada Khamis lalu bagi membantu siasatan.

“Pengesahan untuk kepu­tusan siasatan bukan sesuatu yang mudah kerana kami me­merlukan lebih kurang satu minggu untuk disahkan.

“Pegawai penyiasatan JAIS pasti akan mengumumkan se­barang keputusan hasil dari­pada siasatan tersebut kepada orang ramai,” katanya.

Bagaimanapun ujarnya, sekiranya keputusan siasatan mengesahkan daging yang didakwa daging kaki babi itu adalah daging lembu seperti yang dijelaskan oleh pengu­rusan pusat beli-belah terse­but, masyarakat Islam tetap dinasihati untuk tidak makan di premis berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Surau Ikhwanul Muslimin Kampung Matang Batu 10 di sini, semalam.

Menurutnya, ia ekoran seluruh premis makanan di medan selera pusat beli-belah itu tidak pernah memohon untuk mendapatkan pensiji­lan halal daripada JAIS sejak ia mula beroperasi.

“Meskipun kelak kepu­tusan siasatan mengatakan ia bukan daging babi sep­erti yang didakwa pelanggan premis berkenaan sebelum ini, masyarakat Islam harus peka kerana premis berk­enaan tidak pernah memohon untuk pensijilan halal.

“Daging sapi (lembu) itu halal akan tetapi proses penyembelihan mahupun apa jua proses lain mengikut prosedur dan syariah yang menetapkan halal serta haram sesuatu makanan itu harus dititikberatkan,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, apa yang menjadi persoalan pada masa sekarang ialah alasan mengapa pihak pen­gurusan premis berkenaan tidak mahu memohon untuk pensijilan halal.

“Kita berasa pelik kenapa pihak pengurusan pusat beli-belah itu tidak mahu memo­hon untuk pensijilan halal walaupun sudah dinasihati beberapa kali sebelum ini.

“Mereka harus peka dengan kredibiliti pengguna, lebih-lebih lagi di Kuching majoriti pengguna mahupun pelang­gan premis makanan adalah terdiri daripada masyarakat Islam.

“Pada masa sama, ia bukan sahaja dilihat sebagai punca keyakinan masyarakat Islam itu sendiri, bahkan turut menjadi pemangkin pernia­gaan itu untuk terus maju dan diterima oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

Bagikan

Jangan lewatkan

Sampel daging dipercayai kaki babi hanya diketahui selepas seminggu
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"