21 Jun 2014

Sabah : Amaran Angin Kencang Kategori Pertama sehingga Ahad

PETALING JAYA, (20 Jun) — Tiupan angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kudat dan Pantai Barat di Sabah dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan Jumaat memaklumkan keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Menurut kenyataan itu, ribut petir yang diramal berlaku di perairan Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Sandakan dan Kudat) dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Samui, Condore, Reef North, Layang-layang and Palawan dijangka berterusan sehingga Ahad.—BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

Sabah : Amaran Angin Kencang Kategori Pertama sehingga Ahad
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"