BINTULU: Kebiasaannya, sebatang pohon pisang mempunyai setandan buah dan satu jantung, tetapi perkara sebaliknya berlaku kepada Philip Ngau Balan, 51, apabila sepohon pisang yang ditanam di kebunnya di Semanok Tatau mengeluarkan dua tandan buah dengan empat jantung dalam satu masa.
Ketika ditemui beliau berkata, apa yang lebih pelik di setiap tandan pisang berkenaan mempunyai dua jantung yang jarang berlaku kepada pohon pisang biasa yang kita tanam.
“Kejadian ini merupakan yang keempat berlaku kepada pisang yang saya tanam.
“Pada tahun lalu (2013) pisang yang saya tanam telah tiga kali menghasilkan buah lebih daripada setandan dan tahun ini fenomena pisang berbuah lebih daripada setandan berlaku lagi ke atas pisang yang saya tanam ini,” katanya dengan penuh kehairanan.
Apabila ditanya sama ada beliau pernah mengalami situasi pelik sepanjang menanam pisang yang berbuah lebih daripada setandan itu, Philip berkata dirinya tidak pernah mengalami sebarang perkara pelik atau mistik sepanjang menanam pisang berkenaan.
BORNEOPOST
Bagikan
Pisang Unik : 2 tandan buah, 4 jantung
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"