SIBU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan terus melakukan serbuan bagi memerangi cetak rompak.
Ketua Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Sibu Balraj Singh berkata, pihaknya telah bertindak ke atas 16 kes serta merampas 3,575 unit cakera padat (CD) cetak rompak pada tahun lepas.
“Daripada 16 kes ini, 11 kes adalah di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 sementara selebihnya mengikut Akta Hak Cipta 1987.
“Nilai keseluruhan cakera padat DVD, VCD dan CD yang dirampas ini ialah RM14,751,” ujarnya kepada pemberita, semalam.
Balraj juga memberitahu, bagi enam bulan pertama tahun ini, kementerian telah melakukan beberapa serbuan ke atas premis-premis yang menjual barangan cetak rompak terbabit.
Dalam serbuan itu, sejumlah 310 unit DVD dan VCD cetak rompak bernilai RM1,566 telah dirampas.
“Dua daripada tiga kes ini melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 sementara satu kes di bawah Akta Hak Cipta 1987,” jelas beliau.
Daripada tiga kes pada tahun ini, Balraj memberitahu satu kes adalah melibatkan cetak rompak DVD dan VCD lagu Iban.
Beliau juga menyeru orang ramai agar menghubungi pejabat PPDNKK Sibu melalui talian 084-329202 atau 084-335622 untuk sebarang aduan.
Bagikan
Sarawak : Perangi VCD Cetak Rompak
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"