20 Jun 2014

Kota Belud Sabah : 12 Pendatang Tanpa Izin Ditahan


KOTA BELUD: Polis di sini berjaya menangkap 12 Pendatang Tanpa Izin (PTI) warga Filipina setelah mereka didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, P/ Supt Mohan Nadasen berkata, tangkapan itu adalah hasil daripada Op Cantas Khas setelah memeriksa seramai 32 orang dan berjaya menangkap 12 orang individu kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka akan dirujuk ke Jabatan Imegeresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohan berkata, operasi tersebut telah diadakan pada Rabu bermula jam 9 malam dan berakhir jam 1 pagi kelmarin melibatkan sepasukan anggota polis dari IPD Kota Belud, terdiri daripada seorang pegawai dan 18 anggota. “Kawasan operasi meliputi kawasan Kampung Menunggui dan Kampung Siasai Tamu,” katanya.

Menurut Mohan, operasi berkenaan dijalankan berdasarkan maklumat daripada orang awam dan setelah pihak PDRM membuat risikan selama tujuh hari sebelum menjalankan serbuan.

Sehubungan itu, katanya, polis menyeru kepada masyarakat khususnya di daerah Kota Belud agar berkerjasama dengan menyalurkan apa saja maklumat jenayah kepada pihak polis demi mencegah kejadian jenayah dari berlaku.

Bagikan

Jangan lewatkan

Kota Belud Sabah : 12 Pendatang Tanpa Izin Ditahan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"