16 Jun 2014

Gadis Termakan Janji Manis Kekasih Hamil

KUCHING:Termakan janji manis kekasih, seorang gadis sanggup menyerahkan tubuhnya kepada lelaki berkenaan dan kini mangsa mendakwa sudah mengandung empat bulan.

Menurut ibu mangsa, teman lelaki anaknya itu pada mulanya bersetuju bertanggungjawab namun secara tiba-tiba mengubah pendiriannya.

Ekoran tindakan teman lelakinya, mangsa yang berusia 21 tahun dari Serian semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, mendakwa dirogol teman lelakinya itu.

Tambah ibu mangsa lagi, anaknya memberitahu dia mengandung selepas tidak datang haid sejak Februari tahun ini.

Katanya lelaki berkenaan sebelum ini sering datang ke rumah mereka di Serian untuk menjemput dan membawa mangsa ke bandar raya ini.

“Dia (lelaki berkenaan) bagaimanapun mengubah pendiriannya (tidak mahu bertanggungjawab) dan kami tidak akan membiarkan dia terlepas begitu sahaja,” kata ibu yang menemani anak bongsu dan satu-satunya anak perempuannya, membuat laporan polis.

Ibu mangsa turut memberitahu bahawa dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Serian sebelum membuat laporan polis kali kedua di IPD Kuching, semalam.
Kes itu masih dalam siasatan polis.

Bagikan

Jangan lewatkan

Gadis Termakan Janji Manis Kekasih Hamil
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"