29 Jun 2014

Dua Lagi lelaki Ditahan RELA dan TLDM dipercayai ada hubungan dengan Militan

KUALA LUMPUR 28 Jun - Polis menahan dua lelaki terdiri daripada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan yang ditumpaskan baru-baru ini, dalam serbuan di Perak dan Sabah, pada Rabu lalu dan semalam.

Dalam serbuan pertama, anggota polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman telah menahan seorang anggota Rela berusia 46 tahun di Kuala Kangsar, Perak yang disyaki menghasilkan raifal buatan sendiri serta membekalkan peluru kepada anasir-anasir militan untuk menjalani latihan menembak di Gunung Arang Para, Kampung Nyior Ketior, Kuala Kangsar, pada Disember tahun lalu.

Turut dirampas dalam operasi itu adalah sepucuk raifal buatan sendiri dan 433 butir peluru.

Pada semalam pula, polis menahan anggota TLDM di Sandakan, Sabah kerana disyaki bertanggungjawab membantu kumpulan militan menyeludup masuk dari Selatan Filipina ke Sandakan pada 11 Jun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tangkapan terbaharu itu merupakan susulan kepada operasi khas ke atas anasir militan yang dilancarkan oleh Bahagian Counter Terrorism sejak 28 April lalu.

Jumlah keseluruhan anasir militan yang ditangkap setakat ini adalah seramai 19 orang,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Bagikan

Jangan lewatkan

Dua Lagi lelaki Ditahan RELA dan TLDM dipercayai ada hubungan dengan Militan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"