19 May 2014

Tertekan Dibuang Kerja Nekad Bunuh Diri

KUCHING: Tertekan selepas dibuang kerja barubaru ini, bekas pembantu perubatan sebuah pusat perubatan pakar swasta di sini, nekad cuba membunuh diri dengan meminum cecair dipercayai racun rumpai.

Bagaimanapun, lelaki berusia 30 tahun dari Kampung Sinar Budi itu dapat diselamatkan apabila insiden sekitar jam 12 tengah malam itu disedari ahli keluarganya.

Mereka kemudian menghantar mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.
Keadaan mangsa dilaporkan stabil.

Difahamkan, mangsa mempunyai masalah peribadi sehingga mengakibatkannya dibuang kerja.

Dalam kes berasingan, seorang warga emas dikejarkan ke HUS pada jam 10 malam Sabtu lalu akibat terminum racun rumpai.

Warga emas berusia 74 tahun dan berpenyakit, dikatakan terminum racun itu di dalam pondok kebun, belakang rumahnya di Kampung Stapok.

Dia kemudian dimasukkan ke Zon Merah HUS untuk pemantauan dan rawatan.

Bagikan

Jangan lewatkan

Tertekan Dibuang Kerja Nekad Bunuh Diri
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.