17 May 2014

Mindef Sedia Bantu PBTM Sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Pertahanan sedia membantu Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Sabah memiliki bangunan sendiri, kata Timbalan Menterinya Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata persatuan itu perlu memiliki bangunan sendiri bagi menjalankan aktiviti mereka.

“…ini juga sebagai penghargaan kepada bekas-bekas tentera yang telah berkorban demi keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada bekas tentera selain bantuan RM500 kepada veteran tentera kurang upaya, di sini hari ini.

Sebanyak 20 bekas tentera menerima pingat itu dan 31 orang menerima bantuan RM500 tersebut.

Mengenai insiden penculikan di Pulau Baik, Lahad Datu, Abdul Rahim berkata setakat ini tiada perkembangan baharu tentang kes itu.

“Jadi saya berharap orang awam turut memainkan peranan dalam menyelesaikan kes ini.

“Beberapa kes penculikan dalam beberapa bulan ini harus menjadi iktibar kepada kita semua supaya tidak memandang rendah terhadap ancaman kepada keselamatan kita,” katanya.

Pada 6 Mei lepas, seorang warga China yang merupakan pengurus sebuah syarikat pusat penternakan ikan, diculik di Pulau Baik, Lahad Datu.

Insiden merupakan yang ketiga dalam tempoh enam bulan, menyusuli penculikan seorang pelancong China dan pekerja pusat peranginan warga Filipina di Pulau Singamata, Semporna bulan lepas serta kes bunuh dan culik warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna pada November lepas. – BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

Mindef Sedia Bantu PBTM Sabah
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.