20 May 2014

Double Parking | "Iya Kami Faham Kami pun Mahu Cepat"


Sebagai pengguna kereta sudah pasti di kalangan kita ada mempunyai pengalaman atau kisah yang tersendiri tentang  cerita "Double Parking".
Samaada ia dilakukan kita sendiri  atau kita menjadi mangsa kepada orang yang Double Parking.


Ada masanya kita masih boleh untuk menunjukkan sikap bertoleransi atau bersabar walaupun kereta telah dihadang oleh seseorang yang kita tak mengenalinya KERANA tiada komitmen yang penting pada waktu itu.

Pada suatu ketika pula mungkin kita tidak dapat menahan kesabaran kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan pada hari itu juga tetapi terhalang oleh seseorang yang telah menghalang laluan kereta kita. Bila berada di situasi ini susah mau cakap sebab kadangkala tindakan di luar kawal dan spontan.

Antara Punca berlaku double parking ini adalah kekurangan tempat meletak kenderaan dan jika ada sekalipun CAJ yang dikenakan boleh digunakan untuk beli lauk sudah. Tapi bagi mereka yang berada itu hanyalah perkara biasa.

Sekalipun kita terpaksa untuk buat double park, tidak susah rasanya jika ambil satu kertas dan tulis, "MAAF SMS : 013 888 **** admin" senang seja kan? Minta maaf dulu sebab sudah menghalang laluan kemudian tinggalkan nombor telefon supaya senang dicari. 

Tapi mcamana kalau orang yang dihadang tu tiada kredit? Yang ini kamu tulung jawab.

Apa yang boleh saya simpulkan dalam cerita double park ini adalah sikap kita yang kadangkala pentingkan diri sendiri. Anda mahu orang faham apa yang kehendak / kemahuan anda tetapi anda sendiri bagaimana? Apa yang anda fikir mungkin itu juga yang difikirkan oleh orang lain. Macam ada orang "KALAU NDA DAPAT KASIH SENANG URANG NDA APA TAPI JANGAN KASIH SUSAH"



-djK-

Bagikan

Jangan lewatkan

Double Parking | "Iya Kami Faham Kami pun Mahu Cepat"
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.