Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Tertarik aku untuk berkongsi dengan rakan-rakan semua selepas mendengar tazkirah di Astro Oasis mengenai 4 keadaan di mana salam tidak wajib dijawab. Alhamdulillah sebenarnya ini adalah pengetahuan baru aku dan pernah menjadi tanda tanya juga suatu masa dulu.
4 Keadaan itu adalah :
Tertarik aku untuk berkongsi dengan rakan-rakan semua selepas mendengar tazkirah di Astro Oasis mengenai 4 keadaan di mana salam tidak wajib dijawab. Alhamdulillah sebenarnya ini adalah pengetahuan baru aku dan pernah menjadi tanda tanya juga suatu masa dulu.
4 Keadaan itu adalah :
- Ucapan salam Imam Selepas Tahiyat Akhir Ketika Kita Solat Berjemaah. Kita sebagai makmum tidak diwajibkan menjawab salam tersebut kerana salam itu bukanlah ditujukan kepada kita. Jika kita menjawab salam tersebut boleh menyebabkan solat kita akan terbatal.
- Ucapan Salam Orang Bukan Islam. Bila sudah pasti orang yang memberi Salam itu bukan orang Islam maka salamnya tidak wajib dijawab. Kepada rakan-rakan yang bukan beragama Islam jangan pula ambil hati kerana ini berkaitan hukum agama.
- Orang yang Sedang Berucap Tetapi Salam Hanya Diberikan Selepas Selesai Ucapannya.
- Orang Yang Mempermain-mainkan Salam. Biasanya ini terjadi tanpa disedari. Seorang lelaki kadang-kadang terlepas cakap juga "Assalammualaikum, nda jawab dosa... Hehehe..." kepada seorang gadis dengan niat untuk menarik perhatian.
Sebarang keraguan mengenai hal ini bolehlah merujuk kepada orang yang lebih arif dan apa yang saya sampaikan adalah melalui pendengaran dan pemerhatian di kaca TV. Sebarang kekurangan silalah berikan teguran InsyaAllah kita akan saling ingat-mengingati antara satu sama lain.
Bagikan
4 keadaan salam seseorang tidak wajib dijawab
4/
5
Oleh
Unknown