10 Sept 2009

Makan malam bersama DJ ALDUSUNI dan Tuan Dinakan

Saya baru sahaja balik dari Anjung Selera, di Tanjung Lipat makan malam bersama DJ ALDUSUNI dan Tuan Dinakan. Seronok pula saya mendengar cerita OTAI dari Suara Anak Marudu ini sehingga jam menunjukkan hampir 12 tengah malam macam baru jam 8 malam. Mereka telah berkongsi sedikit cerita pahit dan manis mengenai pengalaman hidup (walaupun ada lagi yang disembunyikan tu... Hehe) dan secara peribadi saya sangat bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada sahabat mereka. Ini adalah kali kedua saya makan malam bersama dengan mereka (kalau malam-malam kan best.. Hihi).

Apapun terima kasih saya ucapkan kepada Tuan berdua atas jemputan tersebut dan kepada DJ ALDUSUNI menyusahkan tuan saja pula datang jemput saya.. Semoga tuan berdua akan terus sukses dalam kerjaya yang tuan ceburi.

Bagikan

Jangan lewatkan

Makan malam bersama DJ ALDUSUNI dan Tuan Dinakan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"