Showing posts with label Samsung. Show all posts
Showing posts with label Samsung. Show all posts

18 Sept 2014

PENCETAK PERTAMA ANDROID OLEH SAMSUNG

djkupang & friends
PENCETAK PERTAMA ANDROID OLEH SAMSUNG
SAMSUNG Electronics Co Ltd mengumumkan sebanyak 10 model pencetak pelbagai fungsi (MFP) untuk pasaran Eropah di acara "Smart MultiXpress" yang bertempat di IFA 2014, Berlin.

Model-model baru itu datang dalam empat kategori iaitu siri X4300 (A3 warna), K4350 (A3 monokrom), M5370 (A4 monokrom) serta M4580 (A4 monokrom) dan direka untuk menjadi lebih berdikari, intuitif dan sesuai untuk semua jenis persekitaran perniagaan.

MFP merupakan pencetak pertama seumpamanya yang dilengkapi dengan sistem operasi Android.

Naib Presiden Eksekutif Penyelesaian Percetakan di Samsung Electronics, Dr. Kiho Kim berkata dalam satu kenyataan, Samsung akan terus berusaha untuk membuat inovasi berfokuskan pengguna, MFP yang dipasang dengan Android OS ini akan meningkatkan pengalaman pejabat pintar Samsung untuk pelanggan perniagaan dan membolehkan percetakan multidimensi yang lebih luas dan teknologi percetakan yang lebih maju.



Baca selengkapnya