Showing posts with label Peragut. Show all posts
Showing posts with label Peragut. Show all posts

29 Jun 2014

Remaja Ditangkap orang awam ketika Cubaan meragut.

KUCHING: Padah menimpa seorang lelaki apabila dia bukan sahaja berputih mata, malah turut dibelasah orang awam selepas dikatakan cuba meragut seorang wanita di hadapan sebuah restoran, malam kelmarin.

Menurut sumber, suspek berusia 19 tahun dan berasal dari Kampung Sampat, Sebangan itu terdahulunya dilihat berkeliaran di sekitar restoran berkenaan yang terletak di batsekam 4, Jalan Penrissen di sini.

“Sekitar jam 7.40 malam, suspek kemudian dikatakan cuba meragut beg tangan seorang pengunjung restoran berkenaan, tetapi tindakannya itu hanya mengundang padah apabila dia berjaya ditangkap oleh beberapa awam di tempat kejadian.

“Suspek yang bertindak agresif semasa ditahan kemudian dikatakan dibelasah apabila dia dikatakan turut mencabar orang awam di tempat kejadian,” kata sumber.

Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sementara laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh mangsa.

Berikutan kecederaan yang dialaminya, suspek telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.
Borneo Post
-djkupang.com
Baca selengkapnya