Showing posts with label Pengulas Sukan. Show all posts
Showing posts with label Pengulas Sukan. Show all posts

8 Jul 2011

27 May 2011

Pengulas Perlawanan Liga Super Sabah VS KL Felda utd|Stadium Likas

Sabah menang ke atas KL Felda United dengan gol 2-1 melalui jaringan Zainizam Marjan dan Shahrul Azhar Ture. Walaupun Sabah ketinggalan di separuh masa pertama tetapi mereka bangkit di separuh masa yang kedua selepas percaturan jurulatih Sabah, Justin Ganai memasukkan Md. Rozaimi Abd Rahman mengubah corak permainan Sabah.



Tahniah Sabahawks. Teruskan bermain dengan rentak kemenangan. Kami sentiasa menyokong kamu semua tidak kira menang atau kalah. "main kau burung".
Baca selengkapnya

10 May 2011

Siapa Mangsa Pasukan Sabahawks Selepas ini?



Kemenangan berganda Pasukan Bolasepak Sabah dalam perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan dan Pahang yang berlangsung malam tadi sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak tempatan. Ini terbukti apabila pertambahan bilangan penyokong Sabah yang datang ke Stadium Likas berbeza daripada perlawanan yang sebelumnya.

Aksi menarik ditunjukkan oleh anak buah Justin ganai apabila menumbangkan skuad Tok Gajah 2-0 di Stadium Likas hasil jaringan Shahrul Azhar Ture dan Zainizam Marjan disambut dengan kegembiraan oleh semua yang datang ke Stadium Likas dan yang mengikuti ulasan Secara Langsung melalui Radio Online Sabahan Utara.FM.

Selepas ini Pasukan Sabah akan menentang Pasukan Harimau Muda A pada 15 Mei 2011 apabila perlawanan yang lepas ditangguhkan disebabkan keputusan pengadil membatalkan perlawanan tersebut atas alasan Teknikal. Pastinya pada kali ini saya menjangkan kehadiran penyokong Sabah akan bertambah.

P/S : Mari kita penuhkan Stadium Likas pada 15 Mei 2011 ini.


Baca selengkapnya

11 Apr 2011

Kemenangan Sabah ke atas Perak hadiah hari jadi ke-60 Presiden SAFA

Tahniah kepada pasukan Sabah yang telah berjaya memecahkan rekod tanpa kalah Perak dengan jaringan 2 - 1 di Stadium Likas. Kemarau pujian kepada pasukan Sabah kini disirami dengan hujan gembira dan semestinya jutaan terima kasih kepada sokongan padu hawksters yang tetap setia menjadi penyokong fanatik Sabah dalam apa juga keadaan. Walaupun ketinggalan 0-1 kepada perak di separuh masa yang pertama tetapi itu tidak mematahkan semangat juang pemain Sabah untuk mencipta kejayaan.

Kemenangan ini adalah hadiah hari jadi yang ke-60 kepada YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Presiden SAFA yang juga merupakan orang No. 1 Sabah.

Teruskan dengan semarak-maraknya menyokong Sabah. Go! Sabahawks !!!








Baca selengkapnya

5 Mar 2011

Liga Super : Sabah VS Harimau Muda A | Stadium Likas

 
Mari kita serang Stadium Likas pada 12 Mac 2011 ( Minggu hadapan ) untuk menyaksikan pertarungan antara sang Helang dan Harimau muda. Kalah atau menang sudah menjadi adat dalam setiap perlawanan dan apa yang utama adalah terus menyokong pasukan bolasepak negeri kita kerana kalau bukan kita siapa lagi.

Kita laungkan bersama-sama slogan SABAH BOLEH, SABAH JUARA untuk membangkitkan semangat pemain Sabah. Kepada rakan-rakan yang tidak dapat datang ke stadium pada tarikh tersebut kamu masih boleh mengikuti perkembangannya melalui Media Online Rasmi Kelab Penyokong Bolasepak Sabahawks iaitu UtaraFM. Saya bersama rakan penyampai lain akan membuat ulasan pada malam tersebut.
Baca selengkapnya