Showing posts with label Laut Bergelora. Show all posts
Showing posts with label Laut Bergelora. Show all posts

16 Jul 2014

INFO SEMASA : Taufan Rammasun Dikesan 632 KM Ke Timur Laut Pitas, Kota Marudu Sabah

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Bermula Rabu dijangka Sepanjang Hari

KUALA LUMPUR, (16 Julai) — Amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Rammasun yang dikesan kira-kira 632 kilometer ke Timur Laut Pitas, Kota Marudu, Sabah pukul 5 pagi Rabu dijangka berterusan sepanjang hari.
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam satu kenyataan berkata taufan berkenaan dikesan pada Latitud 14.1 U dan Longitud 121.1 T dan bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 30 kilometer sejam.
Sehubungan itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter akan melanda kawasan perairan Sabah (Kudat dan Pantai Barat) sepanjang hari.
Selain itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam turut dijangka melanda kawasan perairan Sulu, Palawan dan Reef North sehingga Jumaat ini manakala Phuket sehingga Isnin depan.
JMM memberitahu keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.—BERNAMA
Baca selengkapnya