Showing posts with label Kota Marudu. Show all posts
Showing posts with label Kota Marudu. Show all posts

3 Oct 2014

KOTA MARUDU, Kes Kematian Norikoh : Amir Dilepaskan daripada Pertuduhan Menyebabkan Kematian Norikoh

"Saya sangat gembira hari ini. Saya telah direman selama lebih dua tahun masa saya terbuang secara sia-sia didalam penjarah. Saya mengalami kerugian besar sejak insiden ini walaupun kedai saya di Kota Marudu masih beroperasi dan dijaga oleh keluarga saya," kata Amir, yang telah tinggal di negari ini selama 19 tahun.

djkupang & Friends
KOTA MARUDU, Kes Kematian Norikoh : Amir Dilepaskan daripada Pertuduhan Menyebabkan Kematian 

Kota Kinabalu: Pendakwaan gagal dalam rayuannya terhadap pembebasan seorang rakyat Pakistan berumur 40 tahun daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang gadis berumur 16 tahun di Kota Marudu.

Hakim Makahmah Tinggi Stephen Chung pada Khamis menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Amir Ali Khan Nawaty tanpa dipanggil membela diri pada 12 Febuari tahun ini.

Amir dituduh melakukan kesalahan itu terhadap Norikoh Saliwah dalam sebuah lori yang sedang bergerak dari pekan Kota Marudu ke Langkon, di KM 2.8 di Jalan Kota Marudu - Langkon, antara pukul 11 pagi dan 12:30 tengah hari pada 25 November, 2012.

Kesalahan di bawah Seksyen 304 (B) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau kedua-duanya jka sabit keselahan.

Dalam keputusannya, Chung berkata pendakwaan tidak menyatakan perbuatan Amir dalam tuduhan yang menyebabkan kematian Norikoh dan tidak pasti sama ada tindakan itu dilakukan oleh Amir.

Beliau memerintahkan pendakwaan gagal membuktikan empat kemungkinan yang dibangkitkan oleh mereka dalam rayuan - bahawa pintu lori mungkin rosak; secara tidak sengaja terbuka dan Norikoh jatuh; atau Norikoh mungkin membuka pintu itu sendiri dan melompat keluar; atau dia munkin ditolak.

Chung juga memerintahkan pendakwaan tidak menyatakan dalam pertuduhan bahawa Amir menolak Norikoh keluar daripada lori yang sedang bergerak.

Mengenai hujah pendakwaan bahawa Amir tidak terus menghentikan lori selepas insiden, Chung berkata Amir tidak didakwa atas pertuduhan secara cuai.

Chung juga memerintahkan bahawa penemuan pakar patologi juga menyokong keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, bahawa ia adalah jatuh yang tidak sengaja.

Baca selengkapnya

20 Sept 2014

Tamu Besar Tandek (Talob Tagayo Tandek) 2014 [Gambar]

Pelancaran Tamu Besar (Talob Tagayo Tandek) 2014 oleh TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN KITINGAN (Huguan Siou) Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah hari ini 20 September 2014.
djkupang friends
TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN KITINGAN

djkupang friends
Pelancaran Tamu Besar (Talob Tagayo Tandek) 2014

djkupang friends
Pelancaran Tamu Besar (Talob Tagayo Tandek) 2014




Baca selengkapnya

16 Sept 2014

Perompak Tewas di Langkon Kota Marudu Sabah [GAMBAR]

Kemaskini Gambar Perompak yang Ditahan di Kota Marudu ketika cuba melarikan diri dari dikejar Polis Diraja Malaysia

Blog djkupang friends
Perompak Tewas di Langkon Kota Marudu Sabah

Tahniah !! Teruskan usaha untuk MEMBASMI dan MEMBUNUH semua jenis jenayah yang berlaku di Negeri Sabah Bawah Bayu. Saya percaya dengan adanya kes sebegini boleh memberi kesedaran kepada "Bakal Penjenayah di luar sana.

Melalui apa yang dikongsikan oleh Rakan di Media Sosial facebook,  Penjenayah yang ada dalam gambar ini terlebih dahulu merompak seorang wanita yang menaiki kereta penjenayah tersebut yang mana wanita itu menyangka kereta tersebt adalah "kereta sapu".

Wanita malang tersebut yang mahu ke Batu 32 Sandakan telah dirompak oleh salah seorang lelaki yang turut berada dalam kenderaan sama yang disangkanya sebagai penumpang.

Dalam perjalanan mereka terserempak dengan sekatan jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia. Dalam keadaan Panik perompak tersebut berhenti dan berpusing untuk melarikan diri. Menurut sumber, Pihak Polis segera menghubungi daerah yang berdekatan memaklumkan kejadian tersebut dan akhirnya perompak ini tewas di Langkon Kota Marudu.

djkupang
Perompak Tewas

djkupang
Perompak Tewas



Baca selengkapnya