Showing posts with label Hujan Ribut. Show all posts
Showing posts with label Hujan Ribut. Show all posts

15 Oct 2014

Video Puting Beliung di Pendang, Kedah

GEMPAR !! VIDEO yang dikongsi secara Viral di laman sosial mengundang rasa takut di kalangan penduduk sekitar apatah lagi dengan INFO PALSU yang tersebar melalui WhatsApp oleh individu tidak bertanggunjawab. Mereka yang menyebarkan info/berita palsu ini boleh didakwa kerana mengganggu ketenteraman awam. 
djkupang & Friends
Video Puting Beliung di Pendang, Kedah 

ALOR STAR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan fenomena cuaca yang berlaku sebenarnya bukan siklon. 

"Negara kita tidak berada dalam laluan taufan. 
"Apa yang berlaku di Kampung Alor Besar dikenali sebagai land spout.

"Ia berlaku apabila angin kuat bertembung dengan awam yang membawa hujan," katanya yang menjelaskan land spout adalah fenomena cuaca normal di negara ini.

Lihat di Youtube : Land Spout at Pendang
Baca selengkapnya

11 Oct 2014

RAMALAN CUACA NEGERI SABAH : HUJAN DIJANGKA SEHINGGA RABU DEPAN -MMD

djkupang & Friends
RAMALAN CUACA NEGERI SABAH : HUJAN DIJANGKA SEHINGGA RABU DEPAN -MMD
Hujan sekejap-sekejap dan kadang kala lebat terutamanya di kawasan pantai barat, Sabah, diramalkan berterusan sehingga Rabu depan.

Menurut portal Jabatan Meteorologi antara kawasan yang bakal menerima kesan cuaca berkenaan ialah Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Hujan berkenaan boleh mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, menurutnya.

Angin kencang dari barat ke arah barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam turut diramal berlaku dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan pantai barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga Ahad ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan sukan laut, menurutnya.


Anda juga boleh mendapatkan INFO PANTAS di Fan page :

Baca selengkapnya

4 Aug 2014

Berita Terkini Sabah : Hujan Ribut di Daerah Ranau Mengakibatkan Kerosakan di SK Matupang Ranau

Kemaskini Gambar Kerosakan Sekolah Kebangsaan Matupang, Ranau



Berita RTM KK : Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Jame Alip ketika dihubungi wartawan lokasi BES RTMKK berkata beliau telah mengarahkan para pegawainya untuk ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan dan memastikan tahap kerosakan serta anggaran kos berdasarkan Prosedur Operasi Standard (S.O.P) yang ditetapkan. 

Datuk Jame berkata sebaik sahaja operasi tersebut selesai satu laporan lengkap akan dikemukakan pada kadar segera kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KSU, KPM) untuk tindakan lanjut.




Sumber daripada Laman Sosial Berita RTM SABAH

Baca selengkapnya