16 Oct 2014

BERITA SABAH : Kejadian Tembakan di Perairan Kudat, Lebih Ramai Anggota Keselamatan Digerakkan

TERKINI Polis Diraja Malaysia telah menggerakkan anggota ke bahagian utara Sabah khususnya di perairan kawasan sempadan berikutan kejadian tembakan di perairan Kudat semalam.
djkupang & Friends
Kejadian Tembakan di Perairan Kudat, SABAH
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) juga dimaklumkan untuk mengerakkan aset mereka termasuk Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Perkara ini dilakukan setelah dua awak-awak sebuah bot nelayan Vietnam dilaporkan cedera ditembak dipercayai oleh sekumpulan perompak dari Filipina yang mahu merompak bot itu.

Nelayan berkenaan yang bekerja dengan majikan tempatan dikatakan berada dalam kawasan perairan Filipina, iaitu 20 batu nautika di timur Pulau Banggi dan 50 batu nautika dari Pulau Kagayan, Filipina.

Namun beliau memberitahu pemberita belum dapat dipastikan pihak sebenar yang melepaskan tembakan.

Jalaluddin berkata, perkara itu akan turut dirujuk kepada pihak Konsulat Filipina serta laporan akan dibuat untuk dihantar kepada pihak Interpol serta kerajaan Malaysia dan Filipina.

Beliau sebelum itu menyaksikan acara serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah antara Superintendan Saiman Kasran dan Deputi Superintendan Md. Razif Alang Mat Jaya.

Md. Razif yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah akan menggantikan Saiman yang akan bertukar ke Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur. - Bernama

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -


Bagikan

Jangan lewatkan

BERITA SABAH : Kejadian Tembakan di Perairan Kudat, Lebih Ramai Anggota Keselamatan Digerakkan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"