23 Sept 2014

TERBARU KAMERA CCTV TERSEMBUNYI DITEMUI DI PINTU TANDAS UIAM [GAMBAR]

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Gombak digemparkan dengan penemuan kamera CCTV yang disembunyikan di salah sebuah tandas di Kafeteria Kulliyah kampus berkenaan.

Djkupang & Friends
Terbaru Kamera CCTV Tersembunyi ditemui di Pintu Tandas UIAM

djkupang & friends
Terbaru Kamera CCTV Tersembunyi ditemui di Pintu Tandas UIAM

Pendedahan itu turut dikongsikan menerusi Facebook Ma’ruf Club UIAM dan kini tersebar secara meluas menerusi laman sosial. Tindakan itu juga mendapat kecaman hebat kerana menceroboh privasi dan keselamatan pelajar terutamanya kepada kaum wanita.



Isu pemasangan kamera di salah sebuah tandas di kafeteria kuliyyah pendidikan jadi buah mulut pelajar. Di saat IIUM digempar dengan isu simbah cat, sekali lagi dihebohkan dengan isu privasi dan keselamatan terutama di kalangan sister. 

Tindakan pemasangan kamera di tandas di anggap satu kerja yang memalukan serta tidak bermoral. Privasi yang tidak harus diganggu malah ianya amat menjijikkan. Bertentangan dengan norma dan fitrah manusia mengganggu hak individu lain. Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan. Selain itu, sisters juga dapat terus berhati-hati dengan situasi sekeliling dalam membuat apa-apa aktiviti. 

Saya sebagai wakil Ma’ruf Club juga merangkap pengerusi SWEET, akan cuba berbincang dengan Timbalan Pengerusi 2 MPP UIAM, Saudari Sharina Farhana untuk berbincang lanjut tentang perkara ini serta cuba mengusulkan kembali agar SOS (Save Our Sister) yang dijalankan SRC tenure yang lepas digerakkan kembali untuk menjaga keselamatan sister UIAM terutamanya. 

Nor Nadirah Anuar
Vice President 1 Ma’ruf Club IIUM merangkap Pengerusi SWEET

djkupang & friends

Jika ada masa periksalah mana-mana tempat yang anda rasakan perlu bagi semuanya SELAMAT.

Bagikan

Jangan lewatkan

TERBARU KAMERA CCTV TERSEMBUNYI DITEMUI DI PINTU TANDAS UIAM [GAMBAR]
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"