16 Sept 2014

BETUL ATAU BOHONG ? Ukuran Jari Tanda Kesuburan Lelaki..

Jika anda tidak sibuk pada ketika ini mungkin anda boleh mencuba cadangan ini. Percaya atau tidak itu lain kiranya kerana apa yang penting tidak rugi jika sekadar mencuba sesuatu yang baru kerana tiada apa-apa kesan.

Blog djkupang
Ukuran Jari Tanda Kesuburan Lelaki..
Perhatikan jari anda betul-betul bentuk dan saiz berbeza-beza. Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan banyak ‘rahsia’ tentang diri yang anda sendiri tidak menyangkanya.

Sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikel. Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel.



UKURAN JARI TANDA KESUBURAN LELAKI

Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 hingga 69 tahun, yang pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek urologi. Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat setiap peserta. Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakar mereka.

Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut berkadaran songsang kepada berat testikel dewasa, membawa maksud jari manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikel besar dan sebaliknya. Dalam kajian tersebut penyelidik juga mendapati bahawa umur dan tinggi tidak memberi banyak kesan ke atas saiz testikel, manakala berat seseorang mempunyai kaitan yang ketara

Apa lagi rahsia pada jari anda?

Kajian terbaharu mendedahkan bahawa saiz jari telunjuk dan jari manis lelaki dan wanita membawa petunjuk sejauh mana individu tersebut tertarik pada individu berlainan jantina. Mengikut penemuan itu, wanita yang jari telunjuknya lebih panjang berbanding jari manis kemungkinan mempunyai semetri wajah yang lebih sempurna (sama kedua-dua belah) dan lebih menawan.

Bagi lelaki, ia berlawanan pula, iaitu sesiapa yang jari manis mereka lebih panjang berbanding jari telunjuk kemungkinan besar lebih menarik di mata wanita. Penemuan ini dibuat oleh Bernhard Fink dari Universiti Vieena, yang mengukur jari 100 wanita dan lelaki serta mengambil gambar muka mereka menggunakan kamera digital. Beliau menggunakan program di dalam komputer untuk mengetahui raut setiap wajah.

Bagaimana Sudah kamuurang cuba?

Bagikan

Jangan lewatkan

BETUL ATAU BOHONG ? Ukuran Jari Tanda Kesuburan Lelaki..
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"