4 Aug 2014

Berita Sabah | Enam Orang Sabah Cedera Diserang 10 Lelaki di Siber Kafe

Dinasihat Agar tidak Mengambil Tindakan Sendiri - MUSA AMAN

Sekadar Gambar Hiasan
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menasihatkan rakyat Sabah yang tinggal di kawasan perumahan Sri Bayu, Klang supaya tidak mengambil tindakan sendiri ekoran kejadian enam rakyat Sabah yang cedera diserang sekumpulan 10 lelaki di kafe siber, 31 Julai lepas.

“Biarlah pihak polis menjalankan siasatan lanjut,” kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, ketika menyampaikan amanat Musa semasa mengadakan perjumpaan dengan rakyat Sabah yang tinggal di kawasan perumahan Sri Bayu Klang.

Amanat Musa itu diemelkan kepada Bernama di sini.

Sebelum itu, Tawfiq ketika melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM5,000 dan sumbangan Umno Negeri Sabah sebanyak RM5,000 kepada mangsa berkenaan.

Dalam lawatan ke hospital itu, Tawfiq diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Goh Lee Fook dan Matron Hospital Tan Hoi Meei.

Dalam kejadian 4.50 pagi itu, keenam-enam mangsa yang merupakan pelanggan sebuah kafe siber cedera selepas diserang 10 lelaki yang bersenjatakan parang dan kayu di Taman Bayu Perdana Klang.

Bagikan

Jangan lewatkan

Berita Sabah | Enam Orang Sabah Cedera Diserang 10 Lelaki di Siber Kafe
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"