4 Jul 2014

Perkongsian : Wanita dan Pemanduan Kereta

Perkongsian : Wanita dan Pemanduan Kereta

Sekadar Perkongsian sahaja. Kaum hawa tak perlu melenting atau kecil hati lebih-lebih di bulan yang mulia ini. Kalau betul diamkan saja kalau tak betul boleh komen berikan sedikit pandangan anda.

1. Hiasan yang tidak diperlukan

Kita tahu, ramai pemilik kereta kalau boleh nak hias sehabis cantik kereta mereka. Tetapi jika boleh, elakkan dari menghiasi kereta anda dengan benda-benda seperti patung figura Dragon Ball, Gundam, One Piece dan yang lain-lain termasuklah pelekat-pelekat 3D. Ini kerana hiasan-hiasan kecil seperti ini boleh mengalihkan perhatian anda ketika memandu dan juga boleh mendatangkan kecederaan jika berlakunya kemalangan.

2. Kasut bersepah

Sebagai wanita, sudah semestinya anda menyukai kasut-kasut yang dimiliki. Tetapi bila masuk dalam kereta, kasut dibuka dan dibuang ke tepi. Akhirnya? Memandu tanpa menggunakan kasut. (Tabik spring kepada wanita yang mahir memandu menggunakan heels). Untuk golongan wanita yang gemar memandu berkaki ayam ini, jangan sesekali meletakkan kasut anda di bawah kerusi. Letaklah di ruangan yang disediakan atau paling tidak campak saja ke bawah kerusi penumpang belakang ataupun tepi kiri. Ini boleh menyelamatkan nyawa anda sekiranya kasut anda secara tidak sengaja mengelongsor di bawah pedal brek. Ini boleh membahayakan pemanduan anda. Jadi, sebelum memulakan pemanduan, pastikan kasut-kasut anda diletakkan ditempat yang disarankan tadi. Jangan ambil mudah ye!

3. Make Up semasa memandu

Kita selalu nampak kebanyakan golongan pemandu wanita muda terutamanya gemar make up ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya atau ketika berhenti di lampu isyarat merah. Ya, perbuatan ini mungkin menjimatkan masa bagi sesetengah wanita tetapi sebenarnya tidak! Kalau nak make up, sila make up di rumah sebelum keluar atau make up setelah sampai ke destinasi. Jangan sesekali ber'make-up ketika berhenti (sementara) dalam perjalanan kerana ini boleh menjejaskan konsentrasi pemanduan dan anda menjadi ancaman bahaya kepada pemandu-pemandu yang lain di sekitar anda. Sebagai pemandu, anda harus peka dan mata sentiasa fokus pada pemanduan dan jalan. Lipstik tu boleh tunggu la wei!

4. Belajar perkara-perkara 'basic' mengenai kereta

Kebanyakannya hanya tahu pandu tetapi perkara-perkara asas mengenai kereta? Langsung tak tahu. Inilah yang selalu terjadi pada golongan wanita. Bila kereta rosak, mulalah menangis meminta tolong.

Masa untuk berubah dan buang jauh-jauh persepsi negatif seperti itu. Belajarlah perkara-perkara asas mengenai kereta seperti periksa keadaan tayar, minyak, air dalam radiator. Ataupun bila anda mendapatkan khidmat servis di bengkel kereta, rajinkan diri bertanyakan soalan-soalan yang boleh membantu anda mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan kereta. Jadi, bila ditimpa masalah tanpa diduga, sekurang-kurangnya anda boleh tahu apa yang terjadi pada kereta anda.

5. Biarlah diorang nak duduk macam mana pun!

Ini adalah sesuatu yang golongan lelaki harus faham. Bila lelaki masuk dalam kereta kereta wanita, jangan sesekali membebel dengan cara pemanduan wanita yang sangat rapat dengan steering atau duduk terlalu tinggi. Itu adalah pilihan mereka dan mereka menetapkan kedudukan sedemikian kerana ia memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada wanita. So terimalah hakikat!

 SUDUT PANDANGAN ANDA-djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

Perkongsian : Wanita dan Pemanduan Kereta
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"