14 Jul 2014

TLDM Mahu Kerajaan Benarkan Mereka Menembak pihak yang Menceroboh Sabah

TLDM Mahu Kerajaan Benarkan Mereka Menembak pihak yang Menceroboh Sabah

LUMUT 14 Julai - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan bagi membenarkan angkatan itu melepaskan tembakan terhadap mana-mana pihak yang menceroboh kawasan perairan Sabah.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, sebelum ini pihak bertanggungjawab termasuk TLDM yang menjaga perairan negeri itu tidak dibenar melepaskan tembakan terhadap ‘penceroboh’ menyebabkan kumpulan tersebut sentiasa berjaya meloloskan diri daripada ditahan.

“Mereka (penceroboh) tidak lagi takut dengan pihak berkuasa kerana tahu kami tidak akan melepaskan tembakan, hanya amaran mengarahkan supaya berhenti sahaja.

“Perkara ini tidak boleh berterusan, takkan mahu tunggu mereka berhenti, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian. Jadi, kami akan memohon kepada kerajaan supaya ‘peraturan’ itu ditukar dan pihak berkuasa termasuk TLDM dibenar melepaskan tembakan sekiranya penceroboh enggan mengikut arahan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada antara Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid dengan Laksamana Madya Datuk mohamad Roslan Mohamad Ramli. - UTUSAN ONLINE

Bagikan

Jangan lewatkan

TLDM Mahu Kerajaan Benarkan Mereka Menembak pihak yang Menceroboh Sabah
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"