11 Jul 2014

Tips : Langkah Mencegah Kereta Atau Motorsikal Dicuri

Tips : Langkah Mencegah Kereta Atau Motorsikal Dicuri

Perkongsian djkupang
Mungkin ada di antara kita yang pernah kehilangan kenderaan yang disayangi. Tentu menyusahkan bukan? Disini kami ingin berkongsi maklumat-maklumat yang mungkin dianggap remeh tetapi sebenarnya penting sebagai peringatan. Anda sebagai pembaca juga boleh memberikan pendapat mengenai langkah-langkah mencegah kehilangan kenderaan di ruangan komen kami.

Tempat di mana kecurian sering berlaku


  1. Tempat letak kereta di hotel-hotel
  2. Tempat letak kereta awam
  3. Di hadapan rumah, tepi jalan raya
  4. Kompleks membeli-belah

Faktor berlaku kecurian


  1. Cuai
  2. Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam.
  3. Tiada kunci tambahan.
  4. Tidak dikunci.
  5. Meninggalkan barang berharga di kenderaan


Tips mencegah kecurian kereta


  1. Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.Jangan pasang alat penggera keselamatan yang murah kerana kebiasaanya boleh ditiru dan boleh dibuka seperti kenderaan sendiri oleh pencuri kereta.
  2. Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam. Letak di tempat yang terang berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
  3. Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac.Kunci tambahan pada stering, gear, roda dan klac mungkin dianggap remeh.Tetapi sebenarnya akan melengahkan masa pencuri.Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
  4. Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey’ kereta sekiranya anda berasa was-was.
  5. Ukir nombor pendaftaran di cermin kereta bagi memudahkan pihak Polis mengesan kenderaan anda. (sandblasting).
  6. Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya ditempat-tempat pemasangan yang bertauliah.
  7. Anda juga harus berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis.Sebaik-baiknya jangan tinggalkan kereta anda semasa diservis. Kebanyakan pemandu gemar meninggalkan kenderaan mereka semasa diservis.

Tips mencegah kecurian motosikal


  1. Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
  2. Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
  3. Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
  4. Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
  5. Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.
SUMBER : Pelbagai Sumber
-djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

Tips : Langkah Mencegah Kereta Atau Motorsikal Dicuri
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"