20 Jul 2014

KES HINA NEGERI SABAH : OGGY ADAM BUAT LAPORAN POLIS

Oggy Adam mengaku Akaun facebook miliknya telah di 'HACKED'

SEBELUM ini saya ada kongsikan POS Penghinaan Negeri Sabah oleh seorang pemuda dengan artikel yang bertajuk HINA NEGERI SABAH : Benarkah "Cakap Sabah" Begitu Biadap ?

Berikut pula adalah tindakan yang seterusnya melalui pemerhatian dan carian oleh djkupang.com

Tulisan dari Oggy Adam di akaun Facebook miliknya : 

Assalamualaikum dan selamat petang...

Disini saya telah pun di hack fb sy daripada pihak yg tidak bertanggungjawab dan telah menimbulkan pelbagai perbahasan iaitu "negeri sabah" jadi saya tidak teragak membuat laporan polis bagi menegakkan kebenaran saya terhadap penggunaan akaun facebook saya. Kepada warga kawan2 facebook saya memohon maaf ke atas pihak yg telah hack facebook saya. Kepada sesiapa yang ketidakpuashatian terhadap facebook sy sila kemukakan sehingga saya berpuas hati terhadap laporan yg melibatkan perkauman. Harap beri kerjasama dgn semua pihak.
 -Oggy Adam- 
 

Laporan polis akan menyusul dan beri kerjasama dan terlampau ramai hackers yang selalu mengambil kesempatan untuk merosakkan pengguna Facebook… Ini adalah kali ke-2 saya terkena sebab yang terdahulu mengenali " Bisnes Internet Online" saya mendapat panggilan daripada seorang hamba Allah yang berasal dari Kedah dan telah memaklumkan kepada saya tentang prihal penipuan Pembelian secara Online. Saya seterusnya membuat laporan polis dan polis telah mengambil keterangan sepenuhnya tentang penggunaan facebook SKMM. Disini kita harus berfikiran terbuka ke atas hackers yang sentiasa melihat kita. Jadi saya sekali lagi akan menegakkan kebenaran saya dan laporan polis akan menyusul,. Harap Maklum. -Oggy Adam-

Assalamualaikum selamat pagi semua...saya OggyAdam yang sekarang masih dalam perhatian di negeri Sabah. Saya lebih berterus terang berkaitan status yang terdapat di facebook saya itu adalah daripada hasil Hacker Facebook yg terjadi pada saya kali yg ke 2. Disini saya tidak teragak untuk melaporkan kepada pihak SKMM dan pihak PDRM untuk menyiasat penggunaan facebook saya ini. Dan saya memohon maaf kerana itu bukan daripada saya dan juga saya tidak akan berkata lebih biarlah pihak PDRM yang laksanakan penyiasatan. Negara Malaysia masih ada undang2 dan minta kepada semua pihak tidak terlalu cepat dengan media sosial kerana kita ada undang2 dan saya berani kerana benar yang saya tidak berbuat begitu. Saya masih normal dan sepanjang saya berkhidmat di Negeri Sabah sangat tenang dan aman. Jadi saya mahukan kedatangan saya ini bukan satu dendam bagi negeri Sabah. Kita serahkan kepada pihak berkuasa..terima kasih admin. -oggy adam-

Di sini saya lampirkan laporan polis di IPD AMPANG JAYA yang berkaitan isu perkauman Negeri Sabah. Harap pihak yang berkaitan tidak sewenang2nya menunding jari kepada saya kerana Pihak PDRM DAN SKMM akan membuat penyiasatan terhadap akaun Facebook saya. Ini adalah kali yang ke 2 saya menjadi mangsa Hacker Facebook dilibatkan dalam sensitiviti perkauman..Yang terdahulu dipertuduh memasarkan pembelian barang secara online iaitu penipuan dalam sistem online. Ini adalah pengajaran bagi saya dan kepada pengguna Facebook. Saya memohon Maaf keatas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan kesalahan penggunaan laman sosial Facebook. Saya bersiap sedia memberi keterangan dan berserah kepada pihak berkuasa menjalankan penyiasatan. Negara Malaysia mempunyai undang-undang dan kita sebagai Rakyat Malaysia saling menghormati Agama Bangsa dan Negara. Salam hormat daripada saya.

Laporan Polis oleh OGGY ADAM
-djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

KES HINA NEGERI SABAH : OGGY ADAM BUAT LAPORAN POLIS
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"