11 Jul 2014

KDNK dijangka menokok 0.3%

Kuala Lumpur: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mampu mencapai pertumbuhan 0.3 peratus berikutan pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) serta menghapuskan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi produk eksport bermula April tahun depan.

Penghapusan cukai SST kepada eksport itu membolehkan kadarnya meningkat 0.5 peratus dan mampu dilihat keberhasilannya pada suku kedua tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebelum ini SST yang dikenakan kepada eksport pada kadar purata 10 peratus menjadikan Malaysia antara negara tertinggi mengenakan cukai eksport. dalam kalangan 160 negara yang mengamalkan GST.

Beliau berkata, peningkatan ekonomi mampu meningkat pada kadar berkenaan memandangkan eksport tidak akan dikenakan GST dan SST sekali gus merangsang pertumbuhan eksport yang menjadi faktor utama peningkatan KDNK setiap tahun.

“Sebagai contoh, sekiranya KDNK berkembang pada kadar enam peratus ia akan menambah pada 0.3 peratus menjadikannya 6.3 peratus.

“Saya yakin ekonomi Malaysia akan terus meningkat selepas tahun pertama pelaksanaan GST memandangkan eksport negara yang berkembang berikutan penghapusan cukai SST,” katanya pada sesi Dialog Isu GST dan Ekonomi Semasa Tanah Air (DIGEST) di sini, kelmarin.

DIGEST diadakan bagi memberi penerangan GST kepada pihak media, setiausaha komunikasi korporat pelbagai kementerian. Program dialog itu juga akan diteruskan bersama beberapa kumpulan sasaran yang lain antaranya pemimpin pelajar dan wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, GST yang bersifat telus juga memberi maklumat kepada pengguna secara terus mengenai kadar cukai yang dibayar apabila membeli sesuatu produk.
ANDA WAJIB TAHU [KLIK SINI]

Bagikan

Jangan lewatkan

KDNK dijangka menokok 0.3%
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"