11 Jul 2014

ESSCOM : KEDUDUKAN MOHAMMAD MENTEK BAKAL DITENTUKAN MKN, PERDANA MENTERI

ESSCOM : KEDUDUKAN MOHAMMAD MENTEK BAKAL DITENTUKAN MKN, PERDANA MENTERI 

KOTA KINABALU — Kedudukan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Perdana Menteri, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Perkara ini akan ditentukan oleh MKN dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dengan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Ahmad Zahidi dipetik oleh Bernama sebagai berkata demikian ketika ditanya mengenai perkara itu  berikutan penstrukturan semula ESSCOM.

Pada Selasa, Perdana Menteri mengumumkan penstrukturan semula ESSCOM yang menyaksikan pewujudan dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam.

Najib turut mengumumkan pelantikan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Esscom, Datuk Abd Rashid Harun sebagai Komander Esscom untuk komponen pengurusan keselamatan dan pertahanan.

Mohammad Mentek dilahirkan di Semporna pada 20 April 1964. Anak ketiga dari enam adik beradik ini mendapat pendidikan awal di SRK Pekan Semporna (1971-1976) sebelum melanjutkan pendidikan menengah di SM Sains Pulau Pinang (1977-1981).

Selepas itu, beliau mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian di University of Minniesota, Amerika Syarikat sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Matematik (Bsc Mathematics) (1983-1987) kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di universiti yang sama dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Sains dalam Statistik (1987-1989).

Sekembalinya ke tanahair, beliau sempat menjadi pensyarah sambilan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang) pada tahun 1990. Selepas itu, beliau menjadi guru sandaran di Sekolah Vokasional Lahad Datu pada tahun 1991 dan kemudian bertugas selama empat bulan sebagai Ahli Kaji Cuaca.

Pada Disember 1992, beliau memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan kemudian ditugaskan di Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos di Cawangan Perjawatan, Perkhidmatan dan Latihan sehingga Jun 1998. Beliau menjadi orang Sabah pertama dilantik sebagai Penolong Pegawai Kewangan Negeri Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Perak dari 1998-2001.

Selepas itu, beliau dilantik sebagai Pengarah Imigresen Labuan selama tiga bulan sebelum dilantik sebagai Pengarah Kampus Intan Sabah yang pertama dari 2001 hingga Oktober 2010.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Imigresen Sabah l orang Sabah pertama dilantik ke jawatan itu dari Oktober 2010 hingga April 2013. Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Pengarah ESSCOM sejak April tahun lepas (2013).

Bagikan

Jangan lewatkan

ESSCOM : KEDUDUKAN MOHAMMAD MENTEK BAKAL DITENTUKAN MKN, PERDANA MENTERI
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"