4 Jul 2014

Berita Sabah :Dua Tahanan Larikan Diri dari IPD Labuan

LABUAN: Dua orang tahanan yang sedang menunggu kes mahkamah di sini berjaya melarikan diri dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun seorang daripadanya berjaya ditangkap semula sejurus berjaya meloloskan diri kira-kira 100 meter daripada perkarangan IPD Labuan.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Adzhar Othman berkata, salah seorang yang berjaya ditangkap semula dikenali sebagai Azman Mamat berumur 35 tahun ditahan dilokap sementara menunggu dibicarakan atas kesalahan rompakan bersenjata mengikut Seksyen 380 Kanun Kaseksaan.

Azman yang alamat terakhirnya di Kampung Durian Tunjong akan dibicarakan di Mahkamah Majestrit Labuan pada 14 Julai depan, selepas beliau tidak mengaku salah atas tuduhan merompak bersenjata.

Manakala seorang lagi yang berjaya melarikan diri dikenali sebagai Ajirin Ajiban berumur 26 tahun warga Filipina yang ditahan atas kesalahan rompakan berkawan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan kesnya sepatutnya akan disebut semula di Mahkamah pada Jumaat ini (4 Julai 2014).

“Beliau telah berjaya melarikan diri dan pihak polis dalam usaha mencari dan mengesan suspek dan polis percaya suspek yang juga seorang penagih dadah masih berada di Labuan,” katanya dalam sidang media yang diadakan dipejabatnya, petang kelmarin.

Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, DSP Ang Seow Aun.

Adzhar berkata, suspek yang berjaya melarikan diri mempunyai ketinggian 170 sentimeter dan berkulit sawo, berambut hitam dan seorang yang agak merbahaya.

Menurut Adzhar, kejadian cuba melarikan diri itu berlaku kira-kira jam 5.08 minit pagi apabila Pegawai yang bertugas L/Koparal Ravindran A/l Narayasamy sedang memberikan makanan untuk bersahur dan semasa kedua-dua mereka dibenarkan untuk membersihkan diri. Ravindran telah diserang dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan objek keras.

“Kedua-dua mereka berjaya merampas kunci yang berada pada sentri tersebut dan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar lokap,” katanya.

Beliau seterusnya berkata, siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 234 Kanun Keseksaan terhadap kedua-dua suspek kerana sengaja lari atau cuba melarikan diri dari mana mana jagaan yang sah disisi undang-undang kerana sesuatu kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun.

Dalam waktu yang sama pihak polis juga katanya, turut membuka kertas siasatan dibawah Seeksyen 223 bagi menyiasat samada penjawat awam yang bertugas melakukan kecuaian sehingga membiarkan tahanan lari dari pengurungan yang jika sabit boleh diseksa dengan penjara sehingga dua tahun.

Adzhar berkata, akibat daripada kejadian itu, pihak polis terus melancarkan operasi bagi memburu suspek (Ajirin) dengan mangadakan beberapa sekatan jalan raya serta mengadakan pemeriksaan di semua pintu masuk.

“Kami juga telah mengadakan pemeriksaan di beberapa pintu masuk yang tidak digazetkan serta meminta bantuan daripada beberapa agensi penguatkuasa seperti APMM, Jabatan Laut dan juga Polis Marin bagi mengesan suspek daripada lolos melalui jalan laut” katanya.

Di samping itu beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak melindungi suspek sebalik meminta mereka supaya segera malaporkan di balai-balai polis yang berhampiran.

“Mereka yang didapati melindungi pesalah boleh didakwa dimakamah mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga 7 tahun penjara,” katanya. Sabahtimes -djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

Berita Sabah :Dua Tahanan Larikan Diri dari IPD Labuan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"