9 Jul 2014

Berita Sabah : Bekalan Letrik di Sabah akan berada 'ZON STABIL' -Datuk Seri Mahdzir Khalid

Berita Sabah : Bekalan Letrik di Sabah akan STABIL 

KOTA KINABALU - Situasi bekalan elektrik di Sabah akan berada dalam 'Zon Stabil' bermula Ogos apabila Stesen Janakuasa Bebas (IPP) Kimanis Power Sdn Bhd (KPSB) dan SPR Energy Sdn Bhd beroperasi, Ogos nanti.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata menerusi pengoperasian kedua-dua IPP iaitu tiga buah blok masing-masing dari IPP KPSB dan SPR Energy pada 15 dan 31 Julai ini, ia dapat menampung kapasiti elektrik sebanyak 400 MegaWatt (MW).

"Setakat ini, stesen janakuasa yang ada hanya mampu menghasilkan sebanyak 940 MegaWatt (MW) bagi menampung kira-kira 900MW penggunaan tenaga elektrik.

"Lebihan kira-kira 40MW gagal menampung kegunaan yang diperlukan apabila berlaku masalah gangguan elektrik. Oleh itu, menerusi pembukaan tiga blok janakuasa itu, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mempunyai simpanan 200 tenaga yang boleh digunakan jika berlaku sebarang insiden terpelantik pada janakuasa sedia ada," katanya dalam sidang media di sini, pada Selasa.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat pasukan petugas perancangan dan pelaksanaan projek bekalan elektrik di Sabah.

Mahdzir berkata blok ketiga KPSB akan dibuka pada Oktober tahun ini yang dapat menyalurkan tenaga elektrik sebanyak 95 MW.

Beliau berkata setelah kedua-dua stesen berkenaan beroperasi, pihaknya menjangkakan ia mampu mengelak gangguan dan pelaksanaan catuan elektrik ke tahap minimu kepada pengguna.

Beliau berkata SESB juga akan memperbaiki dan memaksimumkan penggunaan semua generator di bandar-bandar selain Kota Kinabalu seperti Sandakan dan Tawau.

"Pengezonan akan dilakukan di tempat yang kerap menghadapi gangguan bekalan elektrik iaitu di panti timur, pantai barat dan pedalaman Sabah serta Labuan," katanya.

Mahdzir turut menyampaikan sumbangan berupa duit raya dan hamper kepada 50 penghuni Rumah Anak Kesayangan, Sembulan anjuran SESB pada majlis berbuka puasa di sini, malam ini. -Bernama

Bagikan

Jangan lewatkan

Berita Sabah : Bekalan Letrik di Sabah akan berada 'ZON STABIL' -Datuk Seri Mahdzir Khalid
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"