26 Jun 2014

Rumah Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dirompak - Kerugian RM15,000

KOTA KINABALU: Kediaman Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi dipecah masuk sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM15,000 berikutan beberapa barangan berharga hilang dipercayai dilarikan oleh sekumpulan penjenayah.

Insiden terbabit hanya disedari oleh jiran di kawasan perumahan berkenaan yang mendapati pagar besi rumah berkenaan terbuka lalu memaklumkan perkara itu kepada mangsa pada jam 10 pagi kelmarin.

Christina dilaporkan tidak berada di rumahnya dan berada di Semenanjung atas urusan kerja ketika kejadian terbabit berlaku.

Beliau dipercayai telah berbuat laporan polis di balai polis berhampiran sebaik tiba di Kota Kinabalu lewat malam semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan menyeluruh kini giat dijalankan termasuk usaha memburu suspek yang terlibat dalam insiden pecah rumah terbabit.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan suspek terlibat adalah lebih seorang individu dan menjelaskan tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

“Siasatan masih giat dijalankan dan kita meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden itu untuk tampil membantu siasatan kes,” katanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Bagikan

Jangan lewatkan

Rumah Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dirompak - Kerugian RM15,000
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"